Antarabangsa
Gencatan senjata Gaza boleh dicapai dalam tempoh 24-48 jam – Hamas
Mesir menjadi tuan rumah rundingan untuk mencapai gencatan senjata antara Hamas dan Israel pada Ahad selepas perang di Gaza hampir mendekati tempoh lima bulan peperangan.
- Mesir menjadi tuan rumah rundingan untuk mencapai gencatan senjata antara Hamas dan Israel pada Ahad selepas perang di Gaza hampir mendekati tempoh lima bulan peperangan.
- The New Arab melaporkan pegawai kanan Hamas memberitahu AFP bahawa delegasi kumpulan dari Palestin membincangkan cadangan gencatan senjata selama enam minggu itu selepas pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata Israel, “kurang atau lebih” menerima terma rundingan.
- Wakil Hamas berkata, jika Israel memenuhi tuntutan kumpulan Palestin itu, termasuk mengundurkan tentera dari Gaza dan meningkatkan bantuan kemanusiaan, ia akan “membuka laluan kepada perjanjian dalam tempoh 24-48 jam”.
Mesir menjadi tuan rumah rundingan untuk mencapai gencatan senjata antara Hamas dan Israel pada Ahad selepas perang di Gaza hampir mendekati tempoh lima bulan peperangan.
The New Arab melaporkan pegawai kanan Hamas memberitahu AFP bahawa delegasi kumpulan dari Palestin membincangkan cadangan gencatan senjata selama enam minggu itu selepas pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata Israel, “kurang atau lebih” menerima terma rundingan.
Utusan khas dari AS, Qatar dan Hamas telah tiba di Kaherah, lapor media negara itu, dengan semua pihak bekerja keras untuk mencapai gencatan senjata sebelum bulan Ramadan, dijangka mulai 10 atau 11 Mac ini.
Wakil Hamas berkata, jika Israel memenuhi tuntutan kumpulan Palestin itu, termasuk mengundurkan tentera dari Gaza dan meningkatkan bantuan kemanusiaan, ia akan “membuka laluan kepada perjanjian dalam tempoh 24-48 jam”. – The Merdeka Times
You must be logged in to post a comment Login