Connect with us

Antarabangsa

Gaza: Hentikan, cukuplah perang – Pope Francis

Pope Francis pada Ahad menggesa usaha gencatan senjata disegerakan di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Gaza: Hentikan, cukuplah perang – Pope Francis
Foto: Ketua Kristian Katolik, Pope Francis.
  • Pope Francis pada Ahad menggesa usaha gencatan senjata disegerakan di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • “Saya bawa dalam hati saya dengan kesakitan penderitaan rakyat Palestin dan Israel,” kata Pope Francis dalam mesej mingguannya dipetik agensi berita Anadolu.
  • Pope Francis menggesa penamatan konflik itu, menyatakan kemusnahan berlaku menyebabkan penderitaan dan kesan teruk kepada mereka yang tidak mampu mempertahankan diri.
  • “Adakah ini caranya untuk kita bina dunia yang lebih baik? Hentikan, cukuplah (perang),” katanya.

Pope Francis pada Ahad menggesa usaha gencatan senjata disegerakan di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ketua Kristian Katolik itu berkata, “Hentikan, cukuplah (perang)”.

“Saya bawa dalam hati saya dengan kesakitan penderitaan rakyat Palestin dan Israel,” kata Pope Francis dalam mesej mingguannya dipetik agensi berita Anadolu.

Pope menggesa penamatan konflik itu, menyatakan kemusnahan berlaku menyebabkan penderitaan dan kesan teruk kepada mereka yang tidak mampu mempertahankan diri.

“Adakah ini caranya untuk kita bina dunia yang lebih baik? Hentikan, cukuplah (perang),” katanya.

Pope Francis mengulangi hasratnya supaya semua tahanan dibebaskan dan bantuan kemanusiaan ke Gaza ditingkatkan.

Sekurang-kurangnya 30,035 warga Palestin terbunuh dan 70,457 cedera di Gaza sejak serangan 7 Oktober tahun lalu, manakala 1,200 dilaporkan maut di Israel. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending