Connect with us

Antarabangsa

Eksport ketenteraan ke Israel, Kumpulan pro-Palestin saman kerajaan Kanada

Penyokong hak asasi manusia dan pro-Palestin di Kanada pada Selasa memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan untuk menghalang kebenaran syarikat-syarikat mengeksport barangan dan teknologi ketenteraan ke Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Eksport ketenteraan ke Israel, Kumpulan pro-Palestin saman kerajaan Kanada
Foto: Penyokong hak asasi manusia dan pro-Palestin di Kanada.
  • Penyokong hak asasi manusia dan pro-Palestin di Kanada pada Selasa memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan untuk menghalang kebenaran syarikat-syarikat mengeksport barangan dan teknologi ketenteraan ke Israel.
  • Tuntutan saman, difailkan di mahkamah persekutuan itu, berhujah undang-undang Kanada menghalang eksport ketenteraan ke Israel kerana terdapat “risiko besar” ia digunakan untuk melanggar undang-undang antarabangsa dan melakukan tindakan keganasan serius terhadap wanita dan kanak-kanak, demikian menurut kenyataan daripada pemohon yang dipetik The New Arab.
  • Sejak perang di Gaza 7 Oktober tahun lalu, Ottawa membenarkan sekurang-kurangnya C$28.5 juta ($21.0 juta) permit baharu untuk eksport ketenteraan ke Israel, lebih daripada nilai permit serupa yang dibenarkan pada tahun sebelumnya, kata pemohon.
  • Pemohon terbabit termasuk kumpulan Peguam Kanada untuk Hak Asasi Manusia Antarabangsa, organisasi Palestin Al-Haq dan empat individu.

Penyokong hak asasi manusia dan pro-Palestin di Kanada pada Selasa memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan untuk menghalang kebenaran syarikat-syarikat mengeksport barangan dan teknologi ketenteraan ke Israel.

Tuntutan saman, difailkan di mahkamah persekutuan itu, berhujah undang-undang Kanada menghalang eksport ketenteraan ke Israel kerana terdapat “risiko besar” ia digunakan untuk melanggar undang-undang antarabangsa dan melakukan tindakan keganasan serius terhadap wanita dan kanak-kanak, demikian menurut kenyataan daripada pemohon yang dipetik The New Arab.

Sejak perang di Gaza 7 Oktober tahun lalu, Ottawa membenarkan sekurang-kurangnya C$28.5 juta ($21.0 juta) permit baharu untuk eksport ketenteraan ke Israel, lebih daripada nilai permit serupa yang dibenarkan pada tahun sebelumnya, kata pemohon.

Pemohon terbabit termasuk kumpulan Peguam Kanada untuk Hak Asasi Manusia Antarabangsa, organisasi Palestin Al-Haq dan empat individu.

Kementerian Luar Kanada tidak membuat ulasan segera.

Sekutu NATO, Amerika Syarikat dan Belanda juga menghadapi tindakan undang-undang berhubung peperangan di Gaza. 

Mahkamah Belanda bulan lalu mengarahkan kerajaan menyekat semua eksport alat ganti jet pejuang F-35 ke Israel kerana bimbang ia digunakan untuk melanggar undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau secara konsisten berkata Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri selepas serangan Hamas pada Oktober tahun lalu. 

Pegawai kanan dan senior bagaimanapun menggesa gencatan senjata segera dan berterusan dalam konflik itu. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending