Connect with us

Antarabangsa

Boeing salur senjata pada zionis, puluhan aktivis protes di Seattle

Puluhan aktivis berhimpun di luar Sidang Kemuncak Aeroangkasa dan Pertahanan di Seattle, Washington untuk membantah kontrak ketenteraan Boeing dengan Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Boeing salur senjata pada zionis, puluhan aktivis protes di Seattle
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Puluhan aktivis berhimpun di luar Sidang Kemuncak Aeroangkasa dan Pertahanan di Seattle, Washington untuk membantah kontrak ketenteraan Boeing dengan Israel, lapor Al Jazeera.
  • Menurut Bloomberg News, berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober, Boeing mempercepatkan penghantaran 1,800 kit menukar peluru tidak berpandu kepada peluru berketepatan tinggi sebagai sebahagian daripada perjanjian komersial 2021 dengan tentera Israel bernilai sekitar $735 juta (RM 3.44 bilion).
  • Pada Disember lalu siasatan Amnesty International terhadap dua serangan udara Israel yang membunuh 43 orang di Gaza menemui kod pada serpihan logam yang ditemui di bawah runtuhan yang mengaitkan bom tersebut dengan Boeing.

Puluhan aktivis berhimpun di luar Sidang Kemuncak Aeroangkasa dan Pertahanan di Seattle, Washington untuk membantah kontrak ketenteraan Boeing dengan Israel, lapor Al Jazeera.

Para peserta membawa papan tanda yang bertulis, “Boeing arms genocide” (Boeing salur senjata untuk pembunuhan beramai-ramai) dan “Boeing menjual 1,000 bom pintar kepada Israel semasa pembunuhan beramai-ramai.”

Menurut Bloomberg News, berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober, Boeing mempercepatkan penghantaran 1,800 kit menukar peluru tidak berpandu kepada peluru berketepatan tinggi sebagai sebahagian daripada perjanjian komersial 2021 dengan tentera Israel bernilai sekitar $735 juta (RM 3.44 bilion).

Pada Disember lalu, siasatan Amnesty International terhadap dua serangan udara Israel yang membunuh 43 orang di Gaza menemui kod pada serpihan logam yang ditemui di bawah  runtuhan yang mengaitkan bom tersebut dengan Boeing.

Sekurang-kurangnya 31,184 rakyat Palestin terbunuh dan 72,889 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu dengan angka kematian di Israel pada tarikh tersebut kekal pada 1,139 orang. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending