Connect with us

Antarabangsa

Tingkah laku askar Israel di Gaza “melepasi batas penjenayah”

Tingkah laku tentera Israel di Gaza “melepasi batas penjenayah”, kata peguam tertinggi Tentera Israel, Mej Jeneral Yifat Tomer-Yerushalmi pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Peguam tertinggi Tentera Israel, Mej Jeneral Yifat Tomer-Yerushalmi.
  • Tingkah laku tentera Israel di Gaza “melepasi batas penjenayah”, kata peguam tertinggi Tentera Israel, Mej Jeneral Yifat Tomer-Yerushalmi pada Rabu.
  • “Kami menemui kes-kes kelakuan tidak boleh diterima yang menyimpang daripada nilai dan protokol IDF (tentera),” katanya dipetik MEMO.
  • Beliau berkata beberapa kes didapati “melepasi batas jenayah” dan “sedang disiasat.”
  • Yerushalmi dilapor sebagai berkata “kenyataan tidak wajar yang menggalakkan tindakan tidak boleh diterima dan penggunaan kekerasan secara tidak wajar termasuk terhadap tahanan” antara tingkah laku jenayah tentera Israel di Gaza.
  • “Berikutan siasatan ke atas perbuatan ini, pihak pendakwaan tentera akan memutuskan langkah yang perlu diambil terhadap suspek,” kata Yerushalmi.

Tingkah laku tentera Israel di Gaza “melepasi batas penjenayah”, kata peguam tertinggi Tentera Israel, Mej Jeneral Yifat Tomer-Yerushalmi pada Rabu.

“Kami menemui kes-kes kelakuan tidak boleh diterima yang menyimpang daripada nilai dan protokol IDF (tentera),” katanya dipetik MEMO.

Beliau berkata beberapa kes didapati “melepasi batas jenayah” dan “sedang disiasat.”

Yerushalmi dilapor sebagai berkata “kenyataan tidak wajar yang menggalakkan tindakan tidak boleh diterima dan penggunaan kekerasan secara tidak wajar termasuk terhadap tahanan” antara tingkah laku jenayah tentera Israel di Gaza.

“Berikutan siasatan ke atas perbuatan ini, pihak pendakwaan tentera akan memutuskan langkah yang perlu diambil terhadap suspek,” kata Yerushalmi.

Sejak meletusnya perang di Gaza, tentera Israel bertindak menyiarkan video mendokumentasikan rompakan, pembakaran dan pemusnahan rumah, menyerang tahanan dan menulis grafiti kebencian di dinding-dinding rumah penduduk wilayah itu.

Tentera Israel tidak mengumumkan sebarang tindakan terhadap anggotanya selain pengakuan bahawa tindakan mereka “bercanggah dengan nilai-nilai ketenteraan.”

Terdahulu, akhbar Haaretz mendedahkan helikopter dan kereta kebal Israel antara penyebab kematian ramai daripada 1,139 tentera dan orang awam yang didakwa Israel dibunuh oleh Hamas pada serangan 7 Oktober lalu.

Israel kini berdepan pertuduhan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa dengan keputusan sementara Januari lalu mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan genosid di wilayah itu dan diambil langkah-langkah menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada penduduk awam di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending