Connect with us

Terkini

Tiga individu dari Aman Palestin didakwa hari ini

Tiga individu dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) akan didakwa di Mahkamah Shah Alam, Selangor hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tiga individu dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) akan didakwa di Mahkamah Shah Alam, Selangor hari ini.
  • Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mengesahkan mereka akan didakwa di Mahkamah Shah Alam pada Khamis.
  • “Ya, tiga orang dari Aman Palestin akan didakwa esok (hari ini),” katanya ringkas dipetik Harian Metro, semalam.
  • Media sebelum ini melaporkan SPRM mengesahkan pihaknya membekukan 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00.

KUALA LUMPUR — Tiga individu dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) akan didakwa di Mahkamah Shah Alam, Selangor hari ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mengesahkan mereka akan didakwa di Mahkamah Shah Alam pada Khamis.

“Ya, tiga orang dari Aman Palestin akan didakwa esok (hari ini),” katanya ringkas dipetik Harian Metro, semalam.

Media sebelum ini melaporkan SPRM mengesahkan pihaknya membekukan 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00.

“Sebelum ini, SPRM turut menggeledah premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

“Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya dipetik. – The Merdeka Times

Author