Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Tiga daripada empat kurma Medjool dikeluarkan Israel

Antara kurma yang tidak asing dan dikenali ramai adalah kurma Medjool yang mana tiga daripada empat pengeluaran kurma itu dihasilkan pengeluar dari negara haram Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Antara kurma yang tidak asing dan dikenali ramai adalah kurma Medjool yang mana tiga daripada empat pengeluaran kurma itu dihasilkan pengeluar dari negara haram Israel.
  • Dalam setiap pembelian kurma Medjool, adanya kemungkinan besar ia ditanam di tanah pendudukan warga Palestin yang dicuri.
  • Israel disenaraikan sebagai pengeksport kurma kedua terbesar dunia dengan nilai $317 juta pada 2021, lapor Inminds dengan memetik Biro Pusat Perangkaan Israel dan Pangkalan Data Perdagangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
  • Kurma merupakan tanaman yang paling menguntungkan Israel dengan perolehan hasil 2.5 kali lebih banyak daripada hasil segar lain negara itu pada 2021. 
  • Pengguna disaran meneliti kod bar bagi mengelak pembelian kod bar dengan nombor permulaan 729 kerana ia nombor khusus buat syarikat berpangkalan di Israel walaupun tidak semestinya produk akhirnya dicipta di negara haram itu.

Antara kurma yang tidak asing dan dikenali ramai adalah kurma Medjool yang mana tiga daripada empat pengeluaran kurma itu dihasilkan pengeluar dari negara haram Israel.

Dalam setiap pembelian kurma Medjool, adanya kemungkinan besar ia ditanam di tanah pendudukan warga Palestin yang dicuri.

Israel disenaraikan sebagai pengeksport kurma kedua terbesar dunia dengan nilai $317 juta pada 2021, lapor Inminds dengan memetik Biro Pusat Perangkaan Israel dan Pangkalan Data Perdagangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kurma merupakan tanaman yang paling menguntungkan Israel dengan perolehan hasil 2.5 kali lebih banyak daripada hasil segar lain negara itu pada 2021. 

Menurut Pangkalan Data PBB, United Kingdom (UK) mengimport tiga kali ganda lebih banyak kurma dari Israel berbanding mana-mana negara lain dengan nilai $25 juta pada 2021.

Selain ditanam di atas tanah yang dicuri dan dituntut sebagai “hasil Palestin,” Israel dengan terbuka mengubah-ubah label pada kurmanya berdasarkan permintaan pengedar merujuk dokumentari Al Jazeera pada 2012 berkaitan perkara itu.

Perkara itu diandaikan berlaku atas tujuan menyasarkan pasaran umat Islam semasa Ramadan apabila jualan Medjool dari Israel dicatat melonjak sebanyak 57 peratus. 

Selain usaha pemeriksaan label dalam pembelian, pengguna disaran meneliti kod bar bagi mengelak pembelian kod bar dengan nombor permulaan 729 kerana ia nombor khusus buat syarikat berpangkalan di Israel walaupun tidak semestinya produk akhirnya dicipta di negara haram itu. – The Merdeka Times

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending