Antarabangsa
Sepanyol tingkatkan sumbangan tiga kali ganda kepada Palestin, UNRWA
Sepanyol mengumumkan akan mengekalkan sokongan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA), lapor TRT.

- Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares Isnin lalu berkata negaranya meningkatkan pembiayaan kepada Palestin dalam beberapa bulan kebelakangan ini kepada tiga kali ganda iaitu €50 juta (RM256.5 juta), termasuk pembiayaan UNRWA.
- Tahun lalu, sumbangan Sepanyol kepada agensi itu dilaporkan sekitar €18.5 juta (RM94.9 juta) dengan €10 juta (RM51.3 juta) diberi pelepasan Disember lalu.
- Albares menyifatkan agensi PBB itu “sangat memerlukan” dan sumbangan sedemikian “meringankan keadaan kemanusiaan mengerikan di Gaza.”
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengumuman itu dibuat selepas beberapa negara Barat membekukan pembiayaan untuk agensi PBB itu di tengah-tengah siasatan dalaman mengenai peranan beberapa pekerja UNRWA dalam insiden 7 Oktober tahun lalu.
Sepanyol mengumumkan akan mengekalkan sokongan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA), lapor TRT.
Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares Isnin lalu berkata negaranya meningkatkan pembiayaan kepada Palestin dalam beberapa bulan kebelakangan ini kepada tiga kali ganda iaitu €50 juta (RM256.5 juta), termasuk pembiayaan UNRWA.
Tahun lalu, sumbangan Sepanyol kepada agensi itu dilaporkan sekitar €18.5 juta (RM94.9 juta) dengan €10 juta (RM51.3 juta) diberi pelepasan Disember lalu.
Albares menyifatkan agensi PBB itu “sangat memerlukan” dan sumbangan sedemikian “meringankan keadaan kemanusiaan mengerikan di Gaza.”
Agensi berita Anadolu pula melaporkan pengumuman itu dibuat selepas beberapa negara Barat membekukan pembiayaan untuk agensi PBB itu di tengah-tengah siasatan dalaman mengenai peranan beberapa pekerja UNRWA dalam insiden 7 Oktober tahun lalu.
Sekitar 10 negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), Kanada, Britain, Jerman, Perancis, Jepun, Australia dan Austria, menggantung pembiayaan mereka kepada UNRWA.
Negara seperti Ireland dan Norway menyuarakan penentangan terhadap pemotongan pembiayaan itu.
Parti gabungan muda Sepanyol, Sumar mempertahan dan menganggap sebarang pemotongan terhadap dana itu sebagai “serangan terhadap kemanusiaan” dan menyamai tindakan “hukuman kolektif.” – The Merdeka Times
