Connect with us

Antarabangsa

Sepanyol, Ireland minta EU kaji semula hubungan dengan Israel

Sepanyol dan Ireland secara rasmi meminta Suruhanjaya Eropah segera mengkaji semula hubungannya dengan Israel, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez pada Rabu lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.
  • Sepanyol dan Ireland secara rasmi meminta Suruhanjaya Eropah segera mengkaji semula hubungannya dengan Israel, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez pada Rabu lalu.
  • Perkara itu berlangsung di tengah-tengah keadaan Israel bersedia melancarkan serangan darat di Rafah di selatan Gaza.
  • “Komitmen Kesatuan Eropah (EU) terhadap hak asasi manusia dan maruah tidak boleh dikecualikan,” kata Sanchez di X, menekankan “situasi kritikal di Rafah”.
  • The Irish Times dan El Pais melaporkan Sanchez dan Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar menyampaikan surat rasmi kepada Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.
  • Dalam surat diteliti akhbar harian Sepanyol dan Ireland itu, pemimpin tersebut menggesa suruhanjaya itu “melakukan semakan segera menilai sama ada Israel mematuhi kewajipannya, termasuk di bawah Perjanjian Persatuan EU-Israel, yang menetapkan penghormatan kepada hak asasi manusia dan prinsip demokrasi, sebagai elemen penting hubungan tersebut”.

Sepanyol dan Ireland secara rasmi meminta Suruhanjaya Eropah segera mengkaji semula hubungannya dengan Israel, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez pada Rabu lalu.

Perkara itu berlangsung di tengah-tengah keadaan Israel bersedia melancarkan serangan darat di Rafah di selatan Gaza.

“Komitmen Kesatuan Eropah (EU) terhadap hak asasi manusia dan maruah tidak boleh dikecualikan,” kata Sanchez di X, menekankan “situasi kritikal di Rafah”.

The Irish Times dan El Pais melaporkan Sanchez dan Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar menyampaikan surat rasmi kepada Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

Dalam surat diteliti akhbar harian Sepanyol dan Ireland itu, pemimpin tersebut menggesa suruhanjaya itu “melakukan semakan segera menilai sama ada Israel mematuhi kewajipannya, termasuk di bawah Perjanjian Persatuan EU-Israel, yang menetapkan penghormatan kepada hak asasi manusia dan prinsip demokrasi, sebagai elemen penting hubungan tersebut”.

Ia menambah jika suruhanjaya itu menganggap terdapat pelanggaran hak asasi manusia, maka ia harus mencadangkan “langkah sesuai” untuk dipertimbangkan Majlis Eropah.

Mereka turut menambah adanya “kebimbangan meluas” tentang Israel melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa (IHL) dan undang-undang hak asasi manusia serta langkah-langkah mengikat dengan penilaian Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Serangan Israel ke atas Gaza setakat ini membunuh sekurang-kurangnya 28,576 rakyat Palestin dan mencederakan 68,291 yang lain sejak 7 Oktober. Angka kematian di Israel akibat serangan Hamas pada 7 Oktober ialah 1,139 orang. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *