Connect with us

Antarabangsa

Satu daripada enam individu transgender alami masalah mental jangka panjang – Kajian

Satu daripada enam individu transgender mempunyai masalah kesihatan mental jangka panjang, demikian menurut dapatan kajian terbaru.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Satu daripada enam individu transgender mempunyai masalah kesihatan mental jangka panjang, demikian menurut dapatan kajian terbaru.
  • Dalam kajian pertama seumpamanya, mereka dikenal pasti sebagai transgender dikatakan lebih berkemungkinan mengalami masalah kesihatan seperti kemurungan dan kebimbangan berbanding individu lain, lapor Daily Mail pada 31 Januari lalu.
  • Penyelidik di Universiti Manchester menganalisis data tinjauan GP daripada 1.5 juta pesakit, termasuk 8,000 yang mengenal pasti diri mereka sebagai transgender.
  • Mereka mendapati 1 daripada 6 lelaki dan wanita transgender melaporkan masalah kesihatan mental berbanding satu daripada sepuluh lelaki dan wanita lain.

Satu daripada enam individu transgender mempunyai masalah kesihatan mental jangka panjang, demikian menurut dapatan kajian terbaru.

Dalam kajian pertama seumpamanya, mereka dikenal pasti sebagai transgender dikatakan lebih berkemungkinan mengalami masalah kesihatan seperti kemurungan dan kebimbangan berbanding individu lain, lapor Daily Mail pada 31 Januari lalu.

Penyelidik di Universiti Manchester menganalisis data tinjauan GP daripada 1.5 juta pesakit, termasuk 8,000 yang mengenal pasti diri mereka sebagai transgender.

Mereka mendapati 1 daripada 6 lelaki dan wanita transgender melaporkan masalah kesihatan mental berbanding satu daripada sepuluh lelaki dan wanita lain.

Kira-kira 16.4 peratus individu yang mengenal pasti sebagai lelaki transgender dan 15.9 peratus mengenal pasti sebagai wanita transgender melaporkan mengalami masalah kesihatan mental, walaupun tiada butiran lanjut diminta berkenaan perkara itu.

Peratusan itu dibandingkan dengan 8.8 dan 12 peratus dialami cisgender (iaitu mereka yang mengenal pasti sebagai jantina sama mereka dilahirkan) masing-masing lelaki dan wanita, dengan masalah kesihatan sama, menurut penemuan yang diterbitkan di Lancet Public Health. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending