Connect with us

Antarabangsa

Russia jemput Hamas, kumpulan Palestin bincang isu perang di Gaza

Russia menjemput Hamas dan kumpulan Palestin lain berbincang mengenai perang Israel-Hamas dan isu-isu lain di Timur Tengah, kata pegawai Russia Jumaat lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Russia, Vladimir Putin (kiri) dan Timbalan Menteri Luar Russia, Mikhail Bogdanov (kanan).
  • Russia menjemput Hamas dan kumpulan Palestin lain berbincang mengenai perang Israel-Hamas dan isu-isu lain di Timur Tengah, kata pegawai Russia Jumaat lalu.
  • Russia menjemput beberapa kumpulan Palestin ke Moscow untuk rundingan berkenaan Palestin bermula 29 Februari, lapor agensi berita TASS dikendalikan kerajaan yang memetik Timbalan Menteri Luar, Mikhail Bogdanov.
  • “Kami menjemput semua wakil Palestin — semua kuasa politik yang mempunyai kedudukan di negara berbeza, termasuk Syria, Lubnan dan negara lain di rantau ini,” kata Bogdanov, yang merupakan utusan khas Presiden Vladimir Putin untuk Timur Tengah dipetik Arab News.
  • Antara dijemput termasuk Hamas, Jihad Islam Palestin, wakil Fatah dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
  • Moscow selama bertahun-tahun cuba menjalinkan hubungan baik dengan semua pemain utama rantau itu semakin kritikal terhadap Israel dan penyokong Baratnya di tengah-tengah perang yang berterusan di Gaza.

Russia menjemput Hamas dan kumpulan Palestin lain berbincang mengenai perang Israel-Hamas dan isu-isu lain di Timur Tengah, kata pegawai Russia Jumaat lalu.

Russia menjemput beberapa kumpulan Palestin ke Moscow untuk rundingan berkenaan Palestin bermula 29 Februari, lapor agensi berita TASS dikendalikan kerajaan yang memetik Timbalan Menteri Luar, Mikhail Bogdanov.

“Kami menjemput semua wakil Palestin — semua kuasa politik yang mempunyai kedudukan di negara berbeza, termasuk Syria, Lubnan dan negara lain di rantau ini,” kata Bogdanov, yang merupakan utusan khas Presiden Vladimir Putin untuk Timur Tengah dipetik Arab News.

Antara dijemput termasuk Hamas, Jihad Islam Palestin, wakil Fatah dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) secara umumnya.

Moscow selama bertahun-tahun cuba menjalinkan hubungan baik dengan semua pemain utama rantau itu semakin kritikal terhadap Israel dan penyokong Baratnya di tengah-tengah perang yang berterusan di Gaza.

Putin sebelum ini membuat gesaan diadakan gencatan senjata dan Moscow berulang kali mengkritik kelakuan Israel di wilayah Gaza itu sejak serangan 7 Oktober lalu.

Kenyataan awam itu, digabungkan dengan kerjasama Russia dengan Iran dan Hamas, menjejaskan hubungan Russia-Israel sejak konflik itu tercetus. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending