Connect with us

Antarabangsa

RM22.67 juta duit pembayar cukai AS digunakan untuk ‘lelaki trans’ hamil

Jutaan dolar duit pembayar cukai Amerika Syarikat (AS) dibelanjakan untuk membiayai kehamilan lelaki transgender di negara itu, demikian menurut data rasmi.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Jutaan dolar duit pembayar cukai Amerika Syarikat (AS) dibelanjakan untuk membiayai kehamilan lelaki transgender di negara itu, demikian menurut data rasmi.
  • Kajian terkini penyelidik di Universiti Michigan mendapati 1,907 kelahiran dalam kalangan lelaki transgender (asal lahir sebagai wanita) antara 2014 dan 2018 bersamaan dengan purata hampir 500 kelahiran setahun.
  • Menurut Daily Mail, daripada jumlah itu, 256 lelaki trans diinsuranskan di bawah Medicaid, iaitu program kerajaan yang menyediakan insurans kesihatan kepada mereka yang berpendapatan terhad, dibiayai rakyat AS.
  • Kos purata bersalin di AS adalah sekitar $19,000 bermakna kos melahirkan anak-anak itu menggunakan wang pembayar cukai sekitar $4.8 juta (RM22.67 juta).

Jutaan dolar duit pembayar cukai Amerika Syarikat (AS) dibelanjakan untuk membiayai kehamilan lelaki transgender di negara itu, demikian menurut data rasmi.

Kajian terkini penyelidik di Universiti Michigan mendapati 1,907 kelahiran dalam kalangan lelaki transgender (asal lahir sebagai wanita) antara 2014 dan 2018 bersamaan dengan purata hampir 500 kelahiran setahun.

Menurut Daily Mail, daripada jumlah itu, 256 lelaki trans diinsuranskan di bawah Medicaid, iaitu program kerajaan yang menyediakan insurans kesihatan kepada mereka yang berpendapatan terhad, dibiayai rakyat AS.

Kos purata bersalin di AS adalah sekitar $19,000 bermakna kos melahirkan anak-anak itu menggunakan wang pembayar cukai sekitar $4.8 juta (RM22.67 juta).

Lelaki trans berkemungkinan untuk hamil jika dirinya masih mempunyai organ pembiakan wanita.

Terapi hormon yang diambil lelaki trans akan menghalang mereka daripada mengalami kitaran haid, tetapi ia bukanlah satu bentuk kawalan kelahiran.

Hormon itu tidak menghalang kehamilan dari berlaku dan lelaki trans masih berpotensi untuk hamil dan mengandung sehingga ke tempoh tertentu. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pengawal penjara Israel masukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur warga Palestin sebelum mengaktifkannya – Peguam

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Peguam Palestin, Khaled Mhajne.

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

Itu pendedahan Peguam Palestin, Khaled Mhajne mengenai seksaan dilalui tahanan di penjara Israel selepas beliau melawat dua rakyat Palestin yang diculik Israel dari Gaza.

Quds News Network melaporkan tawanan Palestin dalam tahanan Israel berdepan pelbagai bentuk penderaan, termasuk rogol, di tangan tentera Israel di hadapan semua orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin pada Isnin.

Dalam sidang akhbar diadakan suruhanjaya itu di Ramallah, Khaled Mhajne yang juga peguam suruhanjaya berkenaan, melaporkan perbualannya dengan wartawan Gaza Al-Araby TV, Mohammed Arab, yang diculik tentera Israel semasa serbuan ke atas Hospital al-Shifa pada 18 Mac lalu.

“Mohammed Arab, wartawan TV Al-Araby, memaklumkan kepada saya tentang kes rogol banduan, termasuk penyeksaan yang dilakukan di hadapan semua orang,” kata Mhajne.

Dalam temu bual dengan TV Al-Araby, Mhajne menceritakan kes Mohammed memaklumkan kepadanya membabitkan seorang tahanan berusia 27 tahun yang dirogol, dipaksa tidur meniarap, diserang anjing polis “dan kemudian dirogol menggunakan alat pemadam api dengan tiubnya dimasukkan ke dalam duburnya”.

Alat pemadam api itu kemudiannya diaktifkan untuk melepaskan bahan kimia ke dalam badan lelaki malang itu, kata Mhajne.

Mohammed turut melaporkan mengenai seorang tahanan yang baru-baru ini meninggal dunia disebabkan tidak mendapat rawatan perubatan mencukupi.

Mhajne berkata adalah mustahil untuk mengetahui berapa ramai rakyat Palestin dari Gaza telah mati dalam tahanan kerana maklumat itu disembunyikan rejim Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending