Connect with us

Terkini

Nik Elin tidak berhasrat teruskan petisyen ke negeri lain

Peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, 62, yang mengemukakan petisyen mencabar 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, tidak berhasrat meneruskan petisyen itu ke negeri lain.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.
  • Peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, 62, yang mengemukakan petisyen mencabar 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, tidak berhasrat meneruskan petisyen itu ke negeri lain.
  •  “Insya-Allah tidak ada (negeri lain), saya rasa selepas ini, mereka (Dewan Undangan Negeri) akan lebih berhati-hati merangka undang-undang,” katanya.
  • Dengan keputusan itu, Badan Perundangan Negeri Kelantan tidak lagi mempunyai bidang kuasa menggubal 16 peruntukan undang-undang yang dipertikaikan itu.

PUTRAJAYA – Peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, 62, yang mengemukakan petisyen mencabar 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, tidak berhasrat meneruskan petisyen itu ke negeri lain.

“Insya-Allah tidak ada (negeri lain), saya rasa selepas ini, mereka (Dewan Undangan Negeri) akan lebih berhati-hati merangka undang-undang,” katanya.

Akuinya, petisyen dikemukakannya tiada kena mengena dengan doktrin Islam kerana mahkamah sudah memutuskan ia hanya mengenai kompetensi DUN.

Anak jati Kelantan itu berkata petisyen yang dikemukakan itu bukan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya dibuat bagi mempertahankan kedaulatan negara.

“Saya buat ini (petisyen) bukan untuk diri saya, saya buat untuk semua dan Alhamdulillah walaupun dikutuk, dikeji dan dilaknat, demi kebaikan Malaysia.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Panel sembilan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan demikian selepas membenarkan petisyen Nik Elin Zurina dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman, 26, selaku pempetisyen bagi mencabar peruntukan enakmen itu.

Dengan keputusan itu, Badan Perundangan Negeri Kelantan tidak lagi mempunyai bidang kuasa menggubal 16 peruntukan undang-undang yang dipertikaikan itu. – The Merdeka Times

Author

Terkini

Perundangan baharu kawal selia penerbitan kalimah ‘Allah’ sedang disediakan – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.
  • “Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak JAKIM, Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan AGC dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 
  • “Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.
  • Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.

“Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 

“Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

Pada 23 Oktober 2023,  media melaporkan garis panduan baharu mengenai Arahan Pentadbiran KDN berkaitan penggunaan kalimah Allah akan diteliti dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja pada minggu terbabit.

Saifuddin dilaporkan mengatakan cadangan garis panduan itu sudah dikemukakan kepada MKI selepas selesai lima sesi libat urus diadakan sebelum ini.

Katanya, KDN akan mengambil panduan hasil mesyuarat Majlis Raja-Raja itu untuk mengadakan garis panduan baharu bagi isu penggunaan kalimah Allah.

KDN sebelum ini mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak, termasuk AGC, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JAKIM, Majlis Profesor Malaysia dan Persatuan-persatuan Peguam Muslim Syarie Malaysia.

Ia susulan KDN dan kerajaan Malaysia pada 15 Mei 2023 dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. 

Memetik BERNAMA, Jill Ireland dilaporkan memohon semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan cakera padat (CD) dengan tajuk mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008 dan perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah itu dalam penerbitan Kristian.

Mahkamah pada 2014 memerintahkan CD itu dipulangkan dan setelah melalui beberapa proses, memutuskan arahan KDN pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending