Connect with us

Antarabangsa

Lebih 6,800 kes rogol babitkan remaja direkodkan dalam setahun di UK

Lebih 6,800 kes rogol dilakukan remaja berusia 10 hingga 17 tahun dalam tempoh setahun di United Kingdom (UK) di mana pornografi ganas dan kebolehupayaan mengakses telefon pintar menjadikan mereka pendera seksual, dedah satu laporan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Lebih 6,800 kes rogol dilakukan remaja berusia 10 hingga 17 tahun dalam tempoh setahun di United Kingdom (UK) di mana pornografi ganas dan kebolehupayaan mengakses telefon pintar menjadikan mereka pendera seksual, dedah satu laporan.
  • Kajian skala kesalahan di seluruh negara menyimpulkan lebih separuh daripada semua jenayah seksual kanak-kanak kini dilakukan anak muda lain, lapor Daily Mail.
  • Selain 6,813 kes rogol pada 2022, terdapat 8,020 kes serangan seksual dan 15,534 kes imej tidak senonoh kanak-kanak melibatkan perkongsian gambar bogel.
  • 52 peratus daripada 106,984 kes jenayah penderaan seksual kanak-kanak dilaporkan kepada 42 pasukan polis di England dan Wales pada 2022, dilakukan anak muda lain yang dipanggil sebagai ‘trend yang semakin meningkat dan membimbangkan’.

Lebih 6,800 kes rogol dilakukan remaja berusia 10 hingga 17 tahun dalam tempoh setahun di United Kingdom (UK) di mana pornografi ganas dan kebolehupayaan mengakses telefon pintar menjadikan mereka pendera seksual, dedah satu laporan.

Kajian skala kesalahan di seluruh negara menyimpulkan lebih separuh daripada semua jenayah seksual kanak-kanak kini dilakukan anak muda lain, lapor Daily Mail.

Selain 6,813 kes rogol pada 2022, terdapat 8,020 kes serangan seksual dan 15,534 kes imej tidak senonoh kanak-kanak melibatkan perkongsian gambar bogel.

Pasukan polis kebangsaan pada Januari lalu memberi amaran keganasan seksual menjadi ‘tingkah laku normal’ bagi sesetengah pelajar sekolah selepas bertahun-tahun menjadi penonton tegar pornografi  di telefon mereka.

52 peratus daripada 106,984 kes jenayah penderaan seksual kanak-kanak dilaporkan kepada 42 pasukan polis di England dan Wales pada 2022, dilakukan anak muda yang dipanggil sebagai ‘trend yang semakin meningkat dan membimbangkan’.

Ia sekali gus menyaksikan peningkatan 400 peratus daripada 2013 apabila dianggarkan penderaan kanak-kanak terhadap kelompok itu menyumbang kepada satu pertiga daripada kesalahan berkenaan.

‘Pesalah seks’ termuda dilaporkan kepada polis dalam tempoh 12 bulan itu ialah seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang memuat naik imej tidak senonoh adik-beradiknya.Gelombang jenayah bukan sekadar didorong oleh sexting (mesej seks) dan ‘penerokaan tingkah laku seksual dalam talian’ membabitkan kalangan remaja yang menempuhi akil baligh.

Laporan Analisis Polis Kebangsaan berhubung rekod Penderaan Seksual dan Eksploitasi Kanak-kanak mencadangkan peningkatan akses telefon pintar penyebab kepada kanak-kanak lebih muda melakukan kesalahan-kesalahan serius.– The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending