Connect with us

Terkini

KKM masih tunggu perincian pelaksanaan sistem kontrak baharu

Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu perincian mengenai pelaksanaan sistem kontrak baharu membabitkan penjawat awam, khususnya kelompok doktor di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
  • Menterinya Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya maklum berkenaan kegusaran masyarakat awam termasuk Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) mengenai pelaksanaan sistem baharu itu memandangkan tarikh penguatkuasaannya sepatutnya bermula 1 Februari lalu.
  • “Kita tunggu perincian, kerana Perdana Menteri sudah sebutkan dalam proses perincian. Harap bersabar, untuk kita faham apakah yang dimaksudkan dalam kontrak bermula 1 Februari itu. Kita tunggu apa tindakan lanjut,” katanya dipetik Astro Awani selepas merasmikan Hari Kesedaran Kanser Hati sempena Hari Kanser Sedunia 2024 di Bandar Tun Razak pada Ahad.
  • Media melaporkan Jabatan Perkhidmatan Awam menerusi surat pekeliling bertarikh 15 Januari lalu memaklumkan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak akan dilaksanakan kerajaan sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan untuk mengukuhkan sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu perincian mengenai pelaksanaan sistem kontrak baharu membabitkan penjawat awam, khususnya kelompok doktor di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya maklum berkenaan kegusaran masyarakat awam termasuk Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) mengenai pelaksanaan sistem baharu itu memandangkan tarikh penguatkuasaannya sepatutnya bermula 1 Februari lalu.

Bagaimanapun buat masa ini, beliau meminta semua pihak bersabar sementara pelaksanaan sistem itu diperincikan. 

“Kita tunggu perincian, kerana Perdana Menteri sudah sebutkan dalam proses perincian. Harap bersabar, untuk kita faham apakah yang dimaksudkan dalam kontrak bermula 1 Februari itu. Kita tunggu apa tindakan lanjut,” katanya dipetik Astro Awani selepas merasmikan Hari Kesedaran Kanser Hati sempena Hari Kanser Sedunia 2024 di Bandar Tun Razak pada Ahad.

Media melaporkan Jabatan Perkhidmatan Awam menerusi surat pekeliling bertarikh 15 Januari lalu memaklumkan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak akan dilaksanakan kerajaan sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan untuk mengukuhkan sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

Inisiatif kaedah baharu itu ketika ini dalam fasa pindaan kepada undang-undang berkaitan dan ia dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam tempoh jangka masa panjang. 

Ia dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Susulan itu, Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) meminta kerajaan menjelaskan secara terperinci mengenai pelaksanaan sistem kontrak baharu membabitkan penjawat awam khususnya kepada golongan doktor kontrak di negara ini.

Gerakan itu turut membangkitkan beberapa persoalan antaranya berkenaan kenaikan tangga gaji dan tempoh kontrak. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending