Connect with us

Terkini

Kerajaan tetap pertahan kedudukan Perlembagaan Persekutuan – Anwar

Kerajaan akan tetap mempertahan kedudukan dan prinsip Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan akan tetap mempertahan kedudukan dan prinsip Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu telah pun menjadi pegangan kerajaan selama ini.
  • “Kita tetap pertahankan kedudukan Perlembagaan termasuk (Perkara) 153,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15, hari ini.
  • Beliau mengulas laporan media mengenai kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang menggesa agar Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 akan datang menilai semula adakah keistimewaan Bumiputera di bawah Perkara 153 benar-benar memberi manfaat kepada golongan itu.

KUALA LUMPUR — Kerajaan akan tetap mempertahan kedudukan dan prinsip Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu telah pun menjadi pegangan kerajaan selama ini.

“Kita tetap pertahankan kedudukan Perlembagaan termasuk (Perkara) 153,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15, hari ini.

Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang menggesa agar Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 akan datang menilai semula adakah keistimewaan Bumiputera di bawah Perkara 153 benar-benar memberi manfaat kepada golongan itu.

Hassan mempersoalkan dasar afirmatif berkenaan yang didakwanya telah dirampas dan dimanipulasi oleh segolongan elit bumiputera.

KEB 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bertujuan mencadangkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda pemerkasaan bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif. — BERNAMA

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending