Connect with us

Terkini

Kerajaan lihat keperluan wujudkan sistem aduan ‘cedok content’ pemilik berita – Fahmi

Kementerian Komunikasi akan melihat keperluan mewujudkan satu sistem asas iaitu pemilik berita boleh membuat aduan sekiranya ‘content’ atau kandungan mereka diambil tanpa kebenaran.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata lambakan isu bahan berita ‘dicedok’ lalu dimuat naik tanpa kebenaran di laman web lain boleh mengakibatkan implikasi maklumat dan fakta disalah tafsir.
  • “Kita lihat isu content, bahan berita yang dicopy paste, diambil, dicedok dan dimuat naik di laman web lain, saya tidak pasti ada kebenaran ataupun tidak daripada pemilik.
  • “(Dalam isu ini) saya melihat kita perlu ada satu sistem asas, yang mana pemilik asal kepada berita itu boleh buat aduan kepada pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) contohnya untuk diambil tindakan,” katanya dipetik Astro Awani ketika menghadiri program MAXIS 5G-Advance Trial Showcase di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Komunikasi akan melihat keperluan mewujudkan satu sistem asas iaitu pemilik berita boleh membuat aduan sekiranya ‘content atau kandungan mereka diambil tanpa kebenaran.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata lambakan isu bahan berita ‘dicedok’ lalu dimuat naik tanpa kebenaran di laman web lain boleh mengakibatkan implikasi maklumat dan fakta disalah tafsir.

“Kita lihat isu content, bahan berita yang dicopy paste, diambil, dicedok dan dimuat naik di laman web lain, saya tidak pasti ada kebenaran ataupun tidak daripada pemilik.

“(Dalam isu ini) saya melihat kita perlu ada satu sistem asas, yang mana pemilik asal kepada berita itu boleh buat aduan kepada pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) contohnya untuk diambil tindakan,” katanya dipetik Astro Awani ketika menghadiri program MAXIS 5G-Advance Trial Showcase di Kuala Lumpur, hari ini.

Fahmi berkata isu berkenaan bukan sahaja menyalahi etika pelaporan berita, malah menimbulkan isu lain, terutama kesalahan menafsir maklumat oleh pembaca dan rakyat.

“Saya lihat isu hak cipta bukan hanya terkesan kepada e-dagang, tetapi banyak berita ini telah diambil tanpa kebenaran oleh pihak asal.

“Inilah antara lain mengakibatkan maklumat disalah tafsir, ataupun diubahsuai, seolah-olah itu yang dilaporkan oleh media asal,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending