Connect with us

Antarabangsa

Israel mahu ganti UNRWA Gaza dengan organisasi lain

Israel merancang untuk menggantikan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza dengan organisasi lain, lapor berita Israel Ynet pada Ahad.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel merancang untuk menggantikan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza dengan organisasi lain, lapor berita Israel Ynet pada Ahad.
  • Pelan dirangka Kementerian Luar Israel itu bertujuan mengeluarkan UNRWA daripada apa yang dipanggil hari selepas realiti dalam wilayah Palestin yang dilanda peperangan.
  • Menurut Ynet, alternatif utama menggantikan UNRWA adalah Program Makanan Sedunia (WFP) selain Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) turut dipertimbangkan.
  • Cadangan itu akan dibentangkan kepada kabinet keselamatan politik untuk kelulusan, kata laporan itu.

Israel merancang untuk menggantikan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza dengan organisasi lain, lapor berita Israel Ynet pada Ahad.

Pelan dirangka Kementerian Luar Israel itu bertujuan mengeluarkan UNRWA daripada apa yang dipanggil hari selepas realiti dalam wilayah Palestin yang dilanda peperangan.

Menurut Ynet, alternatif utama menggantikan UNRWA adalah Program Makanan Sedunia (WFP) selain Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) turut dipertimbangkan.

Cadangan itu akan dibentangkan kepada kabinet keselamatan politik untuk kelulusan, kata laporan itu.

UNRWA merupakan organisasi bantuan terbesar yang beroperasi di Gaza di bawah pengeboman Israel selama empat bulan dengan pengepungan menyeluruh yang membawa wilayah konflik itu kepada ambang bencana kemanusiaan.

Agensi pertubuhan itu dianggap sebagai talian hayat dua juta penduduk wilayah terkepung itu, yang baru-baru ini mengalami pemotongan dana selepas beberapa kakitangannya dituduh Israel terlibat dalam serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

PBB pada Sabtu berkata ia telah menamatkan perkhidmatan sembilan daripada 12 kakitangannya atas dakwaan itu dan berikrar mempertanggungjawabkan pekerja terlibat.

Agensi itu bagaimanapun terkejut dengan pemotongan dana beberapa negara Barat di tengah-tengah bencana kemanusiaan di Gaza, yang musnah akibat hampir empat bulan serangan udara dan darat rejim zionis Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

14 negara gesa tindakan terhadap krisis makanan kritikal di Sudan

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 14 negara termasuk Jordan, UAE, Maghribi dan Mauritania pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi jaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.
  • Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketakjaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diperburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.
  • Menurut laporan itu, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketakjaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.
  • Mereka turut menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam yang bakal memberi kesan kepada ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketidak jaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.

Menurut laporan tersebut, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketidak jaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.

Negara-negara tersebut menyatakan kegusaran terhadap penemuan laporan IPC, memetik “kemerosotan teruk” keterjaminan makanan. 

Mereka menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam, termasuk ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Kenyataan itu menggariskan cabaran kemanusiaan yang disebabkan peningkatan ketidak jaminan makanan, dengan menekankan potensi berlakunya perpindahan, aliran pelarian, dan corak penghijrahan di Sudan dan sekitar negara jiran.

Mereka juga mengulangi gesaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada pihak yang berperang supaya membenarkan dan memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang cepat, selamat dan berterusan kepada orang awam yang memerlukan termasuk dihapuskan birokrasi dan halangan lain-lain.

Pengeluaran visa dan permit perjalanan yang diperlukan pekerja kemanusiaan dan bekalan penting, juga harus dipermudahkan, selaras dengan resolusi 2736 yang diterima pakai pada 13 Jun 2024.

Negara-negara tersebut juga menggesa pihak yang bertelagah di Sudan supaya segera menghentikan keganasan, menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Mereka juga menyeru semua pihak luar mengelak daripada memberikan sokongan ketenteraan atau material kepada kumpulan berkonflik, sebaliknya menyokong tindakan yang mengurangkan ketegangan kepada usaha perdamaian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending