Connect with us

Antarabangsa

Israel arah pengantara tekan Hamas ubah syarat gencatan senjata di Gaza – Media Israel

Israel akan meminta pengantaranya menekan Hamas untuk memberi cadangan gencatan senjata baharu, lapor Yedioth Ahronoth semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel akan meminta pengantaranya menekan Hamas untuk memberi cadangan gencatan senjata baharu, lapor Yedioth Ahronoth semalam.
  • Menurut akhbar Ibrani itu, sumber Israel merujuk kepada tindak balas Hamas terhadap apa digariskan dalam perjanjian pertukaran tahanan dan cadangan balas pergerakan itu.
  • Cadangan Hamas sebelum ini dikatakan mengandungi banyak isu yang tidak dapat dipersetujui Israel.
  • Sumber itu berkata Israel akan meminta pengantaranya untuk menekan Hamas supaya respons berbeza terhadap perjanjian tebusan dapat dicapai.
  • Hamas sebelum ini mencadangkan pelan gencatan senjata selama empat setengah bulan yang akan membawa kepada penamatan perang.

Israel akan meminta pengantaranya menekan Hamas untuk memberi cadangan gencatan senjata baharu, lapor Yedioth Ahronoth semalam.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Menurut akhbar Ibrani itu, sumber Israel merujuk kepada tindak balas Hamas terhadap apa digariskan dalam perjanjian pertukaran tahanan dan cadangan balas pergerakan itu.

Cadangan Hamas sebelum ini dikatakan mengandungi banyak isu yang tidak dapat dipersetujui Israel.

Sumber itu berkata Israel akan meminta pengantaranya untuk menekan Hamas supaya respons berbeza terhadap perjanjian tebusan dapat dicapai.

Hamas sebelum ini mencadangkan pelan gencatan senjata selama empat setengah bulan yang akan membawa kepada penamatan perang.

Ia merupakan cadangan balas kepada cadangan dihantar minggu lalu oleh pengantara Qatar dan Mesir yang disokong Amerika Syarikat dan Israel.

Cadangan asal Hamas akan menyaksikan kumpulan penentang Palestin menukar baki tawanan Israel yang ditangkap pada 7 Oktober tahun lalu dengan tawanan Palestin, pembinaan semula Gaza, pengunduran sepenuhnya tentera Israel dan pertukaran jenazah. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending