Antarabangsa
Hampir 100,000 maut, cedera atau hilang di Gaza – Ketua Pesuruhjaya UNRWA
Hampir 100,000 orang maut, cedera atau hilang di Gaza disebabkan kempen pengeboman Israel, kata Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini.
- Hampir 100,000 orang maut, cedera atau hilang di Gaza disebabkan kempen pengeboman Israel, kata Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini.
- Lazzarini dalam catatannya di X semalam berkata, lebih 80 peratus penduduk di wilayah konflik Gaza terusir dari tempat tinggal mereka.
- Sekitar 17,000 kanak-kanak di Gaza kini tanpa peneman atau terpisah daripada ahli keluarga mereka.
- “Dalam 4 bulan peperangan, sekitar 100,000 orang di Gaza terbunuh, cedera atau kini hilang.
- “Ini mewakili hampir 5 peratus populasi. Kamu dengan mudah tahu apa maksudnya (jika) perkara ini di bandar atau negara kamu….” kata Lazzarini.
Hampir 100,000 orang maut, cedera atau hilang di Gaza disebabkan kempen pengeboman Israel, kata Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini.
Lazzarini dalam catatannya di X semalam berkata, lebih 80 peratus penduduk di wilayah konflik Gaza terusir dari tempat tinggal mereka.
Sekitar 17,000 kanak-kanak di Gaza kini tanpa peneman atau terpisah daripada ahli keluarga mereka.
“Dalam 4 bulan peperangan, sekitar 100,000 orang di Gaza terbunuh, cedera atau kini hilang.
“Ini mewakili hampir 5 peratus populasi. Kamu dengan mudah tahu apa maksudnya (jika) perkara ini di bandar atau negara kamu….” kata Lazzarini.
Sejak 7 Oktober tahun lalu, tentera zionis Israel melancarkan serangan genosid dahsyat di Gaza yang menyebabkan 27,478 maut dan 66,835 cedera.
Kebanyakan mangsa terdiri daripada kanak-kanak dan wanita dengan serangan zionis Israel turut menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan malapetaka kemanusiaan yang belum pernah terjadi sebelum ini, demikian menurut PBB. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Terkini1 day ago
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama