Connect with us

Terkini

Editor Sarawak Report dipenjara 2 tahun kerana fitnah Sultanah Terengganu

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown kerana memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown (kiri) dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah (kanan).
  • Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown kerana memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
  • Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri memutuskan demikian selepas Rewcastle-Brown, 65, didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan memerintahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini.
  • Perbicaraan kes dijalankan secara ‘in absentia’ (tanpa kehadiran) di bawah Seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah, lapor Berita Harian.
  • Rewcastle-Brown berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose.

KUALA LUMPUR — Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown kerana memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri memutuskan demikian selepas Rewcastle-Brown, 65, didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan memerintahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini.

Mahkamah sebelum ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Rewcastle-Brown kerana gagal menghadirkan diri untuk dituduh berkaitan kes itu, lapor Berita Harian.

Perbicaraan kes dijalankan secara ‘in absentia’ (tanpa kehadiran) di bawah Seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah.

Rewcastle-Brown berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose.

Sultanah Nur Zahirah sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown yang berasal dari United Kingdom berhubung fitnah dalam buku itu dan menuntut ganti rugi am RM100 juta.

Sultanah Nur Zahirah yang memfailkan saman pada 21 November 2018 dengan mendakwa kenyataan dalam buku itu antara lain bermaksud baginda terbabit amalan rasuah dan mencampuri pentadbiran kerajaan Terengganu.

Baginda juga dikatakan menggunakan statusnya untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudiannya dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah turut mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda membantu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low menjadi penasihat TIA. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending