Connect with us

Antarabangsa

Boikot perang di Gaza, jualan McDonald’s merosot

McDonald’s melaporkan kemerosotan pertama dalam jualan suku tahunannya sepanjang empat tahun ekoran pemboikotan ke atas syarikat itu akibat perang Israel-Hamas.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • McDonald’s melaporkan kemerosotan pertama dalam jualan suku tahunannya sepanjang empat tahun ekoran pemboikotan ke atas syarikat itu akibat perang Israel-Hamas.
  • Perusahaan makanan segera gergasi itu berkata pertumbuhan jualan bagi tempoh itu, termasuk bahagian Timur Tengah, China dan India adalah 0.7 peratus – jauh di bawah jangkaan pasaran sebanyak 5.5 peratus, menurut data Kumpulan Bursa Saham London dipetik Sky News.
  • Ia berlaku selepas tercetusnya insiden Oktober tahun lalu apabila McDonald’s Israel mengumumkan sumbangan beribu-ribu makanan percuma kepada tentera pendudukan Israel yang terlibat dalam peperangan itu.

McDonald’s melaporkan kemerosotan pertama dalam jualan suku tahunannya sepanjang empat tahun ekoran pemboikotan ke atas syarikat itu akibat perang Israel-Hamas.

Perusahaan makanan segera gergasi itu berkata pertumbuhan jualan bagi tempoh itu, termasuk bahagian Timur Tengah, China dan India adalah 0.7 peratus – jauh di bawah jangkaan pasaran sebanyak 5.5 peratus, menurut data Kumpulan Bursa Saham London dipetik Sky News.

Ia berlaku selepas tercetusnya insiden Oktober tahun lalu apabila McDonald’s Israel mengumumkan sumbangan beribu-ribu makanan percuma kepada tentera rejim pendudukan Israel yang terlibat dalam peperangan itu.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan pengkritik-pengkritik operasi ketenteraan Israel ke atas Gaza dengan gesaan untuk memboikot rantaian restoran popular itu.

Boikot sama turut melanda jenama lain, termasuk Zara dan Starbucks, yang tidak mencapai jangkaan pasaran dan bertindak mengurangkan ramalan jualan tahunannya minggu lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending