Connect with us

Terkini

‘Black Friday, Jumaat hitam kepada undang-undang syariah Islam’

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan hari ini sebagai ‘Black Friday’ dan sejarah hitam kepada umat Islam susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
  • Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata ketetapan yang diputuskan mahkamah itu bakal memberi kesan buruk kepada undang-undang syariah di 14 negeri.
  •  “Kita amat sedih, ini adalah Black Friday, Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam.
  • “Saya sebagai peguam tahu apabila satu undang-undang jenayah syariah di sebuah negeri dibatalkan, bermakna undang-undang jenayah syariah di negeri lain dalam keadaan bahaya dan kritikal,” kata Takiyuddin ketika ditemui, hari ini.

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan hari ini sebagai ‘Black Friday’ dan sejarah hitam kepada umat Islam susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah.

Takiyuddin berkata ketetapan yang diputuskan mahkamah itu bakal memberi kesan buruk kepada undang-undang syariah di 14 negeri.

“Kita amat sedih, ini adalah Black Friday, Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam.

“Saya sebagai peguam tahu apabila satu undang-undang jenayah syariah di sebuah negeri dibatalkan, bermakna undang-undang jenayah syariah di negeri lain dalam keadaan bahaya dan kritikal,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Takiyuddin berkata keputusan terbabit bukan perkara kecil kerana ia adalah untuk mempertahankan undang-undang syariah yang secara langsung mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.

Jelasnya, institusi Raja-Raja Melayu menjadi ketua kepada agama Islam di negeri dengan Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan.

“Katakanlah di Negeri Sembilan atau di Melaka, (individu) dituduh, di Mahkamah Syariah atas kesalahan liwat. Kemudian kes dibawa ke Mahkamah Persekutuan dan diberitahu bahawa di Kelantan (enakmen itu sudah) dibatalkan.

“Maka kes akan dibatalkan dan tak ada orang boleh dituduh di Mahkamah Syariah. Jadi ini amat serius,” katanya.

Terdahulu, hampir 500 individu berhimpun di pekarangan Istana Kehakiman di sini susulan keputusan akhir petisyen dikemukakan seorang peguam dan anaknya bagi mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Himpunan Selamatkan Syariah itu turut dihadiri bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob; Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadli Shaari dan Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman.

Turut hadir pada perhimpunan itu adalah Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin.

Mereka berkumpul sejak jam 8.30 pagi tadi dan bersurai kira-kira dua jam selepas itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending