Connect with us

Antarabangsa

Askar elit rejim zionis ‘terganggu’, enggan berperang semula di Gaza – Media Israel

Askar elit zionis dari Briged Givati enggan mengambil bahagian dalam operasi ketenteraan di Gaza, menuduh tentera Israel mengabaikan kesejahteraan psikologi dan fizikal mereka, lapor media Israel Haaretz.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Askar elit zionis dari Briged Givati enggan mengambil bahagian dalam operasi ketenteraan di Gaza, menuduh tentera Israel mengabaikan kesejahteraan psikologi dan fizikal mereka, lapor media Israel Haaretz.
  • Sejak tentera Israel memulakan operasi daratnya di Gaza pada hujung Oktober 2023, Briged Givati antara pejuang elit rejim yang mengambil bahagian dalam pertempuran paling sukar di kawasan itu dan kehilangan ramai ketua dan anggotanya.
  • Perkara itu memaksa kepimpinan tentera untuk mengecualikan mereka “sementara” dari medan peperangan.
  • Dalam perbualan dengan komander medan perang, askar-askar itu mendakwa mereka tidak mempunyai kekuatan mental untuk kembali ke medan perang.
  • Mereka turut zahirkan kebimbangan situasi itu berpotensi membahayakan nyawa mereka.

Askar elit zionis dari Briged Givati enggan mengambil bahagian dalam operasi ketenteraan di Gaza, menuduh tentera Israel mengabaikan kesejahteraan psikologi dan fizikal mereka, lapor media Israel Haaretz.

Sejak tentera Israel memulakan operasi daratnya di Gaza pada hujung Oktober 2023, Briged Givati antara pejuang elit rejim yang mengambil bahagian dalam pertempuran paling sukar di kawasan itu dan kehilangan ramai ketua dan anggotanya.

Perkara itu memaksa kepimpinan tentera untuk mengecualikan mereka “sementara” dari medan peperangan.

Dalam perbualan dengan komander medan perang, askar-askar itu mendakwa mereka tidak mempunyai kekuatan mental untuk kembali ke medan perang.

Mereka turut menzahirkan kebimbangan situasi itu berpotensi membahayakan nyawa mereka.

Laporan akhbar itu menyatakan kepimpinan tentera belum memutuskan respons terhadap keengganan askar-askar tersebut untuk memasuki medan peperangan.

Agensi berita Anadolu melaporkan, sekurang-kurangnya 232 tentera Israel terbunuh di Gaza sejak operasi darat Israel bermula 27 Oktober lalu menjadikan angka kematian tentera kepada 569 sejak ia melancarkan serangan kejam ke atas wilayah konflik itu pada 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending