Terkini
Undang-undang tukar agama secara unilateral perlu dikaji semula – Peguam
Undang-undang berhubung penukaran agama secara unilateral (sebelah pihak) yang membabitkan kanak-kanak bawah umur tidak sesuai diterima pakai dalam semua situasi dan perlu dikaji semula, kata peguam, Lukman Sheriff Alias.

- Undang-undang berhubung penukaran agama secara unilateral (sebelah pihak) yang membabitkan kanak-kanak bawah umur tidak sesuai diterima pakai dalam semua situasi dan perlu dikaji semula, kata peguam, Lukman Sheriff Alias.
- Lukman Sheriff berkata undang-undang yang mengatakan bahawa seseorang anak tidak boleh menukar agama dalam apa jua cara kecuali mendapat kebenaran daripada kedua ibu bapanya itu tidak mengutamakan kepentingan kanak-kanak terlibat.
- “Saya ambil contoh sebuah keluarga bukan Islam terdiri dari ibu, bapa dan seorang anak kecil katalah lima tahun. Akibat pertikaian, ibu sudah ditinggalkan suami dua atau tiga tahun. Suami pula tidak membayar apa-apa tanggungan dan tak endahkan keluarga pun. Ibu membesarkan anaknya dari kecil sendiri.
- “Katalah ibu tertarik kepada Islam dan nak peluk Islam. Secara amnya, sudah tentu sebagai penjaga, ibu berhak membesarkan anak mengikut agamanya. Lagipun suaminya pun tak ambil endah. Jadi sepatutnya ibu memang patut dibenarkan untuk tukar agama dan membesarkan anak mengikut agama barunya.
- “Tetapi, sebab undang-undang unilateral conversion baru ini, ibu tak boleh buat sedemikian. Kalau ibu nak masuk Islam bermakna ibu kena tinggalkan anak atau membesarkan anak cara berasingan walaupun bapa dia tah ke mana. Ini tak betul. Anak patut ikut yang menjaganya. Ibu pula berhak memilih agamanya. Sebab itu memakai undang-undang ini secara pukal tidak adil,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, hari ini.
- Tanpa menyentuh mana-mana kes mahkamah secara spesifik, Lukman Sheriff mengulas berhubung isu penukaran agama secara unilateral membabitkan kanak-kanak bawah umur.
KUALA LUMPUR – Undang-undang berhubung penukaran agama secara unilateral (sebelah pihak) yang membabitkan kanak-kanak bawah umur tidak sesuai diterima pakai dalam semua situasi dan perlu dikaji semula, kata peguam, Lukman Sheriff Alias.
Lukman Sheriff berkata undang-undang yang mengatakan bahawa seseorang anak tidak boleh menukar agama dalam apa jua cara kecuali mendapat kebenaran daripada kedua ibu bapanya itu tidak mengutamakan kepentingan kanak-kanak terlibat.
Katanya, bagi kes yang melibatkan mualaf, undang-undang ini dilihat memprejudiskan kumpulan itu, malah sekatan dikenakan menerusi undang-undang itu menghindarkan individu daripada memeluk agama Islam.
“Saya ambil contoh sebuah keluarga bukan Islam terdiri dari ibu, bapa dan seorang anak kecil katalah lima tahun. Akibat pertikaian, ibu sudah ditinggalkan suami dua atau tiga tahun. Suami pula tidak membayar apa-apa tanggungan dan tak endahkan keluarga pun. Ibu membesarkan anaknya dari kecil sendiri.
“Katalah ibu tertarik kepada Islam dan nak peluk Islam. Secara amnya, sudah tentu sebagai penjaga, ibu berhak membesarkan anak mengikut agamanya. Lagipun suaminya pun tak ambil endah. Jadi sepatutnya ibu memang patut dibenarkan untuk tukar agama dan membesarkan anak mengikut agama barunya.
“Tetapi, sebab undang-undang unilateral conversion baru ini, ibu tak boleh buat sedemikian. Kalau ibu nak masuk Islam bermakna ibu kena tinggalkan anak atau membesarkan anak cara berasingan walaupun bapa dia tah ke mana. Ini tak betul. Anak patut ikut yang menjaganya. Ibu pula berhak memilih agamanya. Sebab itu memakai undang-undang ini secara pukal tidak adil,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, hari ini.
Tanpa menyentuh mana-mana kes mahkamah secara spesifik, Lukman Sheriff mengulas berhubung isu penukaran agama secara unilateral membabitkan kanak-kanak bawah umur.
Lukman Sheriff berkata setiap kes berkaitan penukaran agama kanak-kanak bawah umur perlu merujuk kepada fakta dan kepentingan kanak-kanak yang terlibat supaya tidak berlaku ketidakadilan.
Katanya, undang-undang berhubung penukaran agama secara unilateral bukan penamat atau penentu kepada sesuatu kes.
Isu penukaran agama mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini susulan kes ibu tunggal, Loh Siew Hong yang membuat permohonan mengetepikan penukaran agama tiga anaknya kepada Islam dengan persetujuan bapa mereka, M. Nagahswaran atau nama Islamnya, Muhammad Nagashwaran Muniandy tanpa persetujuannya.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Rabu lalu memutuskan pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral oleh bapa mereka tanpa kebenaran bekas isterinya itu tidak sah dan terbatal. — The Merdeka Times
Sumber: Facebook Lukman Sheriff
