Connect with us

Terkini

Tidak setuju pelantikan panel farmasi LZS terbuka kepada semua, Netizen mahu duit zakat ‘dikembalikan’ kepada Muslim

Tindakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melaksanakan tawaran pelantikan farmasi atau syarikat pembekalan perubatan secara terbuka kepada semua pihak yang memenuhi syarat dan kelayakan, tidak dipersetujui netizen di media sosial.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tindakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melaksanakan tawaran pelantikan farmasi atau syarikat pembekalan perubatan secara terbuka kepada semua pihak yang memenuhi syarat dan kelayakan, tidak dipersetujui netizen di media sosial.
  • Seorang pengguna Instagram, @ridzuan_mdnoor berkata LZS sepatutnya berusaha memakmurkan ekonomi Islam dan bukannya menggunakan alasan tawaran itu dibuat secara terbuka kerana ingin memudahkan asnaf mendapatkan perkhidmatannya.
  • Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, LZS perlu berusaha memakmurkan ekonomi Islam bukan sekadar memudahkan asnaf sebagai alasan. Biar kitaran duit orang Islam masuk balik dalam poket orang Islam dan kembali ke zakat,” kata @ridzuan_mdnoor dalam ruangan komen video dimuat naik The Merdeka Times bertajuk, ‘LZS nafi tidak utamakan farmasi Muslim, pelantikan farmasi panel bantuan perubatan asnaf terbuka ikut syarat, kelayakan’.
  • “Memanglah ikut syarat…tapi pihak LZS perlu usaha agar diutamakan klinik yang dimiliki Muslim sahaja, tu bukan duit kamu… duit pembayar zakat sepatutnya, duit tu kembali kepada kaum Muslim… ketawa non-Muslim duit yang dikumpul oleh Muslim jatuh ke tangan mereka..puak tu = israhell 2.0,” komen netizen, @kakashi_fadzil.
  • LZS semalam dilaporkan menafikan dakwaan pihaknya tidak mengutamakan farmasi Muslim dalam pelantikan farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnafnya di negeri itu.
  • Ketua Pegawai Operasi LZS, Ahmad Fadhil Hassan berkata dakwaan itu tidak berasas kerana tawaran pelantikan farmasi atau syarikat pembekalan perubatan terbuka kepada semua yang memenuhi syarat dan kelayakan ditetapkan LZS.

KUALA LUMPUR — Tindakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melaksanakan tawaran pelantikan farmasi atau syarikat pembekalan perubatan secara terbuka kepada semua pihak yang memenuhi syarat dan kelayakan, tidak dipersetujui netizen di media sosial.

Pengguna Instagram, @ridzuan_mdnoor berkata LZS sepatutnya berusaha memakmurkan ekonomi Islam dan bukannya menggunakan alasan tawaran itu dibuat secara terbuka kerana ingin memudahkan asnaf mendapatkan perkhidmatannya.

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, LZS perlu berusaha memakmurkan ekonomi Islam bukan sekadar memudahkan asnaf sebagai alasan. Biar kitaran duit orang Islam masuk balik dalam poket orang Islam dan kembali ke zakat. 

“Cuba bayangkan jika 10 dari farmasi enam non-Muslim, empat Muslim… tetapi zakat still lembaga zakat still mengharapkan empat farmasi Muslim tersebut membayar zakat.

“Kita kehilangan enam syarikat berpeluang untuk membayar kembali zakat…,” kata @ridzuan_mdnoor dalam ruangan komen video dimuat naik The Merdeka Times bertajuk, ‘LZS nafi tidak utamakan farmasi Muslim, pelantikan farmasi panel bantuan perubatan asnaf terbuka ikut syarat, kelayakan’.

Foto : Tangkap layar komen netizen di Instagram

LZS semalam dilaporkan menafikan dakwaan pihaknya tidak mengutamakan farmasi Muslim dalam pelantikan farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnafnya di negeri itu.

Ketua Pegawai Operasi LZS, Ahmad Fadhil Hassan berkata dakwaan itu tidak berasas kerana tawaran pelantikan farmasi atau syarikat pembekalan perubatan terbuka kepada semua yang memenuhi syarat dan kelayakan ditetapkan LZS.

Senada dengan @ridzuan_mdnoor, seorang lagi pengguna Instagram @kakashi_fadzil berkata LZS sepatutnya berusaha untuk mengutamakan klinik dimiliki kelompok Muslim kerana ia melibatkan penggunaan duit zakat.

Katanya, kelompok bukan Islam pasti ketawa apabila duit dikumpulkan Muslim akhirnya jatuh ke tangan mereka yang tidak mengeluarkan sebarang duit zakat.

“Memanglah ikut syarat…tapi pihak LZS perlu usaha agar diutamakan klinik yang dimiliki Muslim sahaja, tu bukan duit kamu… duit pembayar zakat sepatutnya, duit tu kembali kepada kaum Muslim… ketawa non-Muslim duit yang dikumpul oleh Muslim jatuh ke tangan mereka..puak tu = israhell 2.0,” komen @kakashi_fadzil.

Dalam posting video berbeza berhubung isu itu, netizen Muslim menegaskan duit zakat perlu dikembalikan kepada kelompok Muslim kerana sememangnya begitu kitaran sewajarnya berlaku.

Foto : Tangkap layar komen netizen di Instagram berhubung video, ‘Panel program perubatan asnaf, LZS tidak utamakan farmasi Muslim?’.

Semalam The Merdeka Times melaporkan, siasatannya berhubung isu berkenaan sejak awal Januari lalu mendapati ada daerah di Selangor yang menunjukkan lebih separuh daripada farmasi yang dilantik sebagai panel atau vendor LZS bagi program itu adalah farmasi bukan Muslim.

Ia menimbulkan persoalan kerana program itu membabitkan penggunaan duit zakat dan seharusnya keutamaan diberikan kepada orang Islam berbanding bukan Islam yang tidak membayar zakat. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending