Antarabangsa
Tentera Israel rosakkan kubur, gali mayat reput di Khan Younis
Pengunduran tentera rejim penjajah Israel dari bandar Khan Younis, selatan Gaza membawa kepada pendedahan kemusnahan sebuah tanah perkuburan di kawasan itu yang mana banyak kubur telah digali oleh mereka.

- Pengunduran tentera rejim penjajah Israel dari bandar Khan Younis, selatan Gaza membawa kepada pendedahan kemusnahan sebuah tanah perkuburan di kawasan itu yang mana banyak kubur telah digali oleh mereka.
- Rejim zionis semalam dilaporkan berundur beberapa ratus meter dari kawasan sekitar Hospital Nasser di Khan Younis, meninggalkan banyak kerosakan pada bangunan dan infrastruktur di kawasan itu.
Pengunduran tentera rejim penjajah Israel dari bandar Khan Younis, selatan Gaza membawa kepada pendedahan kemusnahan sebuah tanah perkuburan di kawasan itu yang mana banyak kubur telah digali oleh mereka.
Rejim zionis semalam dilaporkan berundur beberapa ratus meter dari kawasan sekitar Hospital Nasser di Khan Younis, meninggalkan banyak kerosakan pada bangunan dan infrastruktur di kawasan itu.
Tentera Israel turut merosakkan perkuburan berdekatan dengan Hospital Nasser dan menggali beberapa mayat yang telah reput semasa meratakan kawasan itu, lapor koresponden agensi berita Anadolu pada Rabu.
Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, sekurang-kurangnya 24,448 rakyat Palestin di Gaza terbunuh, majoritinya wanita dan kanak-kanak, manakala 61,504 lagi tercedera sejak perang pada 7 Oktober lalu.
Di pihak Israel, dipercayai 1,200 warga negara haram itu, majoritinya tentera zionis, terkorban dalam serangan pejuang Hamas. ā The Merdeka Times
