Connect with us

Antarabangsa

Syarikat perkapalan kontena keempat terbesar China tangguh perjalanan ke Israel

Syarikat perkapalan kontena keempat terbesar China (COSCO), penyumbang kira-kira 11 peratus perdagangan global, pada Ahad mengumumkan keputusannya menangguhkan perjalanan ke Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Syarikat perkapalan kontena keempat terbesar China tangguh perjalanan ke Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Syarikat perkapalan kontena keempat terbesar China (COSCO), penyumbang kira-kira 11 peratus perdagangan global, pada Ahad mengumumkan keputusannya menangguhkan perjalanan ke Israel.
  • COSCO menyatakan keputusannya itu berikutan serangan Houthi ke atas kapal-kapal yang dikaitkan dengan rejim Israel, lapor agensi berita Quds Press.
  • Akhbar Israel, Yedioth Ahronoth dan Globes, sebuah laman sesawang pengkhususan ekonomi Israel, mempersoalkan motif di sebalik keputusan itu.
  • Terdahulu, Houthi mengumumkan penyasaran mana-mana kapal kargo yang mengangkut barang keluar dan masuk dari Israel melalui Laut Merah yang dimiliki atau dikendalikan syarikat terlibat dengan Israel, sebagai solidariti kepada Gaza.

Syarikat perkapalan kontena keempat terbesar China (COSCO), penyumbang kira-kira 11 peratus perdagangan global, pada Ahad mengumumkan keputusannya menangguhkan perjalanan ke Israel.

COSCO menyatakan keputusannya itu berikutan serangan Houthi ke atas kapal-kapal yang dikaitkan dengan rejim Israel, lapor agensi berita Quds Press.

Akhbar Israel, Yedioth Ahronoth dan Globes, sebuah laman sesawang pengkhususan ekonomi Israel, mempersoalkan motif di sebalik keputusan itu.

Mereka menyatakan Beijing “tidak terlalu terancam di Laut Merah kerana ia adalah orang China… dan kerana adanya hubungan China dengan Iran, penaja Houthi di Yaman.”

Laporan diterbitkan Globes menjelaskan bahawa Pelabuhan Haifa di pantai Mediterranean turut diuruskan syarikat China kerana pelabuhan itu bergantung kepada banyak kapal COSCO yang berlabuh.

Dua syarikat perkapalan terbesar dunia, MSC dan Maersk juga menangguhkan perjalanan komersial merentasi Laut Merah sejak pertengahan Disember tahun lalu, mengubah laluan kapal mereka melalui laluan the Cape of Good Hope.

Terdahulu, Kumpulan Houthi mengumumkan penyasaran mana-mana kapal kargo yang mengangkut barang keluar dan masuk dari Israel melalui Laut Merah yang dimiliki atau dikendalikan syarikat terlibat dengan Israel, sebagai solidariti kepada Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending