Antarabangsa
Ribuan protes di Tel Aviv, desak bubar Parlimen Israel untuk pilihan raya awal
Ribuan rakyat Israel berdemonstrasi di Tel Aviv, Sabtu lalu, menuntut supaya Parlimen dibubarkan dan pilihan raya awal diadakan, demikian lapor media tempatan.
- Ribuan rakyat Israel berdemonstrasi di Tel Aviv, Sabtu lalu, menuntut supaya Parlimen dibubarkan dan pilihan raya awal diadakan, demikian lapor media tempatan.
- Menurut akhbar harian Haaretz, “ribuan rakyat Israel berdemonstrasi petang (Sabtu) ini di Dataran Habima di Tel Aviv, menyeru Knesset (Parlimen Israel) dibubarkan dan diadakan pilihanraya awal.
- Akhbar itu juga berkata satu tunjuk perasaan dianjurkan di bandar pelabuhan utara Haifa, di mana ratusan rakyat Israel menyertai protes ke atas kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Ribuan rakyat Israel berdemonstrasi di Tel Aviv, Sabtu lalu, menuntut supaya Parlimen dibubarkan dan pilihan raya awal diadakan, demikian lapor media tempatan.
Menurut akhbar harian Haaretz, “ribuan rakyat Israel berdemonstrasi petang (Sabtu) ini di Dataran Habima di Tel Aviv, menyeru Knesset (Parlimen Israel) dibubarkan dan diadakan pilihanraya awal.
Akhbar itu juga berkata satu tunjuk perasaan dianjurkan di bandar pelabuhan utara Haifa, di mana ratusan rakyat Israel menyertai protes ke atas kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Tinjauan media Israel beberapa hari lalu mencadangkan Netanyahu berpotensi untuk gagal membentuk kerajaan jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.
Manakala anggota ‘Kabinet perang’ semasa iaitu Benny Gantz diramal paling berpotensi untuk berjaya. – The Merdeka Times