Connect with us

Antarabangsa

Renjatan elektrik, dibogelkan dalam cuaca sejuk antara seksaan dialami tahanan Palestin

Penduduk Palestin yang dijadikan tebusan semasa serangan tentera pengganas zionis Israel di kejiranan Ez-Zeytun di timur Gaza berkongsi detik mengerikan penyeksaan oleh tentera zionis.

Wartawan TMT

Published

on

Renjatan elektrik, dibogelkan dalam cuaca sejuk antara seksaan dialami tahanan Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penduduk Palestin yang dijadikan tebusan semasa serangan tentera penganas zionis Israel di kejiranan Ez-Zeytun di timur Gaza berkongsi detik mengerikan penyeksaan oleh tentera zionis.
  • Cihad Yasin, 43, berkata tentera Israel menyeksa mereka dengan renjatan elektrik dan memenjarakan mereka selama 11 hari.
  • “Mereka meninggalkan kami berbogel di luar dalam kesejukan,” katanya kepada agensi berita Anadolu dan dipetik TRT pada Sabtu.
  • Mahmud el Alul, seorang lagi warga Palestin yang dibebaskan berkata, meskipun tangan dan kaki diikat, tentera zionis Israel akan meletakkan roti rosak di hadapan mereka.
  • “Askar Israel enggan membuka ikatan tangan dan kaki kami apabila kami perlu menggunakan tandas,” kata Mahmud.

Penduduk Palestin yang dijadikan tebusan semasa serangan tentera pengganas zionis Israel di kejiranan Ez-Zeytun di timur Gaza berkongsi detik mengerikan penyeksaan oleh tentera zionis.

Cihad Yasin, 43, berkata tentera Israel menyeksa mereka dengan renjatan elektrik dan memenjarakan mereka selama 11 hari.

Beliau berkata dia dirantai, ditutup mata dan tentera Israel membawanya serta penduduk Palestin lain ke lokasi yang tidak diketahui. 

Katanya, mereka juga diikat tanpa makanan selama beberapa hari dan tentera Israel menyembur bahan yang boleh menarik serangga.

“Mereka meninggalkan kami berbogel di luar dalam kesejukan,” katanya kepada agensi berita Anadolu dan dipetik TRT pada Sabtu.

Yasin mendedahkan akibat penyeksaan itu, tahanan tidak boleh tidur dan terpaksa duduk berlutut sehingga tengah malam. 

Tahanan Palestin juga diberikan makanan berkulat dan dipaksa menelan pil yang merangsang halusinasi, kata Yasin.

Mahmud el Alul, seorang lagi warga Palestin yang dibebaskan berkata, meskipun tangan dan kaki diikat, tentera zionis Israel akan meletakkan roti rosak di hadapan mereka.

“Kami tidak boleh mengambil dan memakannya. Sepanjang minggu saya ditahan, saya enggan makan kerana makanan yang rosak dan terus lapar.

“Askar Israel enggan membuka ikatan tangan dan kaki kami apabila kami perlu menggunakan tandas,” katanya.

Serangan rejim Israel ke atas wilayah Gaza yang terkepung menyaksikan lebih 21,500 rakyat Palestin terbunuh dan mencederakan hampir 56,000 yang lain. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
  • Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
  • Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
  • “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
  • Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
  • Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.

“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.

Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.

Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.

Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.

Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending