Connect with us

Antarabangsa

Rejim zionis Israel bingung, Al-Qassam guna raifal sniper M99 buatan China

Briged Al-Qassam mengumumkan seorang askar rejim zionis ditembak menggunakan raifal sniper “M99” berkaliber berat di Sheikh Ajleen, Sabtu lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim zionis Israel bingung, Al-Qassam guna raifal sniper M99 buatan China
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam mengumumkan seorang askar rejim zionis ditembak menggunakan raifal sniper “M99” berkaliber berat di Sheikh Ajleen, Sabtu lalu.
  • Ia menimbulkan persoalan dan mencetuskan kebingungan rejim zionis bagaimana raifal penembak tepat buatan China, yang boleh mematikan sasaran dalam jarak 1,600 meter dalam dua saat itu, boleh memasuki Gaza.
  • Media Israel melaporkan rejim zionis sedang menerima maklumat adanya penggunaan senjata China oleh sayap ketenteraan Hamas itu.
  • Menurut sumber berita Israel, Saluran 12 melaporkan rejim zionis merampas sejumlah besar senjata buatan China di Gaza.

Briged Al-Qassam mengumumkan seorang askar rejim zionis ditembak menggunakan raifal sniper “M99” berkaliber berat di Sheikh Ajleen, Sabtu lalu.

Ia menimbulkan persoalan dan mencetuskan kebingungan rejim zionis bagaimana raifal penembak tepat buatan China, yang boleh mematikan sasaran dalam jarak 1,600 meter dalam dua saat itu, boleh memasuki Gaza.

Media Israel melaporkan rejim zionis sedang menerima maklumat adanya penggunaan senjata China oleh sayap ketenteraan Hamas itu.

Menurut sumber berita Israel, Saluran 12 melaporkan rejim mendakwa merampas sejumlah besar senjata buatan China itu di Gaza.

Menurut “Gun Wiki,” senapang M99 adalah senapang separa automatik dengan kaliber berat 12.7 x 108 mm. 

Dengan rekod kelajuan dan jarak tembakannya yang boleh memusnahkan sasaran pada jarak 1,600 meter dalam dua saat, bedilan raifal itu mencapai sasaran mendahului bunyinya yang direkodkan pada 2.7 saat. 

Raifal itu dicipta untuk Tentera Pembebasan Rakyat China yang merupakan angkatan bersenjata Parti Komunis China. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Lubnan haramkan alat kelui dari pesawat

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
  • Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
  • “Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
  • Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
  • Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
  • The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan.

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.

Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.

Media antarabangsa melaporkan Hizbullah memilih menggunakan alat kelui sebagai kaedah komunikasi berteknologi rendah yang dikatakan ‘selamat’ kerana bimbang Israel menggodam telefon pintar mereka dan menggunakannya untuk pengawasan.

Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.

The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending