Connect with us

Terkini

Rakyat Malaysia perlu serius boikot produk mesra Israel – GSPP

Rakyat Malaysia digesa mengambil serius kempen boikot produk ‘mesra’ rejim zionis Israel kerana kempen itu dilihat mampu memberi impak besar kepada beberapa syarikat seperti Starbuck dan Puma seperti berlaku di beberapa negara. 

Avatar

Published

on

Rakyat Malaysia perlu serius kempen boikot produk mesra Israel – GSPP
Foto: Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni.
  • Rakyat Malaysia digesa mengambil serius kempen boikot produk ‘mesra’ rejim zionis Israel kerana kempen itu dilihat mampu memberi impak besar kepada beberapa syarikat seperti Starbuck dan Puma seperti berlaku di beberapa negara. 
  • Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni berkata GSPP akan meneruskan kempen itu sehingga syarikat berkaitan Israel mengubah pendirian atau menutup perniagaan mereka. 
  • “Kesukaran di dalam kempen ini (boikot produk mesra Israel) sudah mula dirasai dengan tindakan undang-undang yang mula dikenakan ke atas sesiapa yang berkempen dan ‘stamina’ masyarakat untuk terus boikot yang mula habis. 
  • “Juga polisi dan perjanjian dagang oleh pelbagai pihak termasuk antaranya pihak kerajaan sendiri yang menyukarkan kempen ini untuk terus memberikan impak. Perkara ini sudah dijangka dari awal dan kita memang ada rancangan untuk mengatasinya,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, hari ini. 
  • Beliau berkata masyarakat perlu dididik agar sanggup menanggung beban daripada kempen itu seperti beban meninggalkan kebiasaan, beban menanggung kerugian material, beban menjawab tohmahan sebagai ekstrimis dan beban diperlekehkan kerana kononnya kempen tersebut tidak mempunyai impak. 

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia digesa mengambil serius kempen boikot produk ‘mesra’ rejim zionis Israel kerana kempen itu dilihat mampu memberi impak besar kepada beberapa syarikat seperti Starbuck dan Puma seperti berlaku di beberapa negara. 

Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni berkata GSPP akan meneruskan kempen itu sehingga syarikat berkaitan Israel mengubah pendirian atau menutup perniagaan mereka. 

Katanya, mengubah pendirian syarikat adalah pilihan yang lebih mudah dan tidak menyebabkan banyak kerugian. 

“Kesukaran di dalam kempen ini (boikot produk mesra Israel) sudah mula dirasai dengan tindakan undang-undang yang mula dikenakan ke atas sesiapa yang berkempen dan ‘stamina’ masyarakat untuk terus boikot yang mula habis. 

“Juga polisi dan perjanjian dagang oleh pelbagai pihak termasuk antaranya pihak kerajaan sendiri yang menyukarkan kempen ini untuk terus memberikan impak. Perkara ini sudah dijangka dari awal dan kita memang ada rancangan untuk mengatasinya,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, hari ini. 

Beliau berkata masyarakat perlu dididik agar sanggup menanggung beban daripada kempen itu seperti beban meninggalkan kebiasaan, beban menanggung kerugian material, beban menjawab tohmahan sebagai ekstrimis dan beban diperlekehkan kerana kononnya kempen tersebut tidak mempunyai impak. 

Katanya, alternatif berkempen kepada masyarakat perlu disediakan bukan sahaja kepada produk, malah perkhidmatannya juga agar mereka tidak kembali menggunakan produk mesra Israel itu. 

“Burger ada banyak jenama. Tiada masalah pada alternatif produk. Tetapi kedai makan burger yang selesa boleh dikira dengan jari. Menyediakan alternatif bukan hanya bermaksud menyediakan burger jenama lain tetapi yang lebih mencabar adalah menyediakan kedai makan burger yang selesa juga.

“Kita juga perlu cepat memberikan tekanan kepada kerajaan untuk tidak memberi laluan mudah kepada syarikat-syarikat dan produk mesra Israel ini. Kita tidak boleh mengehadkan boikot hanya kepada produk yang digunakan oleh masyarakat awam, tetapi juga kepada produk yang dilanggan oleh badan dan agensi besar termasuk kerajaan,” katanya. 

Pengerusi GSPP itu berharap agar masyarakat mengambil serius kempen boikot ini kerana ia berkaitan dengan maruah dan harga diri setiap masyarakat. 

“Lemah sangatkah kita sehingga tiada kekuatan untuk memulaukan produk mesra Israel sedangkan kita tahu bahawa Israel menjadi kuat dan masih bernyawa dengan setiap sen sumbangan syarikat tersebut kepada mereka?” kata Muhammad Fauzi. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending