Connect with us

Antarabangsa

Protes serangan Israel di Gaza, Houthi disenarai semula AS sebagai organisasi pengganas

Kumpulan Houthi di Yaman disenarai semula sebagai organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat (AS) susulan ‘tindakannya’ di Laut Merah bagi memprotes serangan rejim Israel ke atas Gaza.

A.R. Khan

Published

on

Protes serangan Israel di Gaza, Houthi disenarai semula AS sebagai organisasi pengganas
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan Houthi di Yaman disenarai semula sebagai organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat (AS) susulan ‘tindakannya’ di Laut Merah bagi memprotes serangan rejim Israel ke atas Gaza. 
  • Penyenaraian semula kumpulan Ansarallah (Houthi) itu diumumkan Setiausaha Negara AS, Antony J. Blinken dalam satu kenyataan, semalam.
  • Melalui tindakan itu, sekatan keras ke atas Houthi akan dilakukan bertujuan menghalang pembiayaan dan senjata yang digunakan kumpulan itu untuk menyerang atau merampas kapal di laluan perkapalan Laut Merah sebagai tindak balas serangan rejim Israel ke atas Gaza.
  • Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan dilaporkan berkata pengklasifikasian berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari bermula semalam itu, boleh dinilai semula jika Houthi menghentikan serangan di Laut Merah.

Kumpulan Houthi di Yaman disenarai semula sebagai organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat (AS) susulan ‘tindakannya’ di Laut Merah bagi memprotes serangan rejim Israel ke atas Gaza. 

Penyenaraian semula kumpulan Ansarallah (Houthi) itu diumumkan Setiausaha Negara AS, Antony J. Blinken dalam satu kenyataan, semalam.

Jabatan Negara AS mengklasifikasikan Houthi sebagai “Specially Designated Global Terrorist” (SDGT) atau Pengganas Global Tetapan Khas di bawah Perintah Eksekutif 13224.

Pengkelasan itu menyasarkan kumpulan tersebut dengan sekatan keras, bertujuan menghalang pembiayaan dan senjata yang digunakan Houthi untuk menyerang atau merampas kapal di laluan perkapalan Laut Merah sebagai tindak balas serangan rejim Israel ke atas Gaza.

“Serangan ini menepati definisi buku teks keganasan,” kata salah seorang pegawai pentadbiran AS sebelum taklimat pengumuman itu dipetik Middle East Eye.

Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan dilaporkan berkata pengklasifikasian berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari bermula semalam itu, boleh dinilai semula jika Houthi menghentikan serangan di Laut Merah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending