Connect with us

Terkini

Pengislaman tiga anak Loh Siew Hong terbatal, Peguam akan bawa ke Mahkamah Persekutuan

Keputusan Mahkamah Rayuan semalam berhubung kes pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka tanpa kebenaran bekas isterinya tidak sah dan terbatal akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Hidayah Sani

Published

on

Pengislaman tiga anak Loh Siew Hong terbatal, Peguam akan bawa ke Mahkamah Persekutuan
Foto: Bekas Isteri M. Nagahswaran, Loh Siew Hong (kiri) & Peguam yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi kes tersebut, Aidil Khalid (kanan).
  • Peguam yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi kes tersebut, Aidil Khalid berkata pihaknya sedang mengusahakan untuk membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan (tingkat tertinggi kehakiman).
  • “Sama ada kita akan berjaya atau tidak di sana, kita serahkan kepada Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
  • Beliau turut meluahkan rasa agak “devastated” untuk mengulas apa yang berlaku berhubung keputusan Mahkamah Rayuan itu.
  • Semalam, Mahkamah Rayuan di Putrajaya memutuskan pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka, M. Nagahswaran atau nama Islamnya, Muhammad Nagahswaran Muniandy tanpa kebenaran bekas isterinya, Loh Siew Hong  tidak sah dan terbatal.

KUALA LUMPUR — Keputusan Mahkamah Rayuan semalam berhubung kes pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka tanpa kebenaran bekas isterinya tidak sah dan terbatal akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Peguam yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi kes tersebut, Aidil Khalid berkata pihaknya sedang mengusahakan untuk membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan (tingkat tertinggi kehakiman).

“Sama ada kita akan berjaya atau tidak di sana, kita serahkan kepada Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut meluahkan rasa agak “devastated” untuk mengulas apa yang berlaku berhubung keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Katanya, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan itu mengambil pendekatan bahawa memandangkan pada masa mereka di-Islamkan, hanya bapa yang bersetuju sedangkan ibu tidak setuju, maka itu menjadikan pengislaman kanak-kanak tersebut sebelah pihak (unilateral conversion). 

Justeru, pengislaman mereka adalah tidak sah, sebab Mahkamah Rayuan terikat kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi, yang mengisytiharkan unilateral conversion sebagai bercanggah dengan Perlembagaan.

“Justeru sama ada anak-anak itu memang memilih untuk menjadi Islam atau tidak, bukan lagi soalnya, dan tidak disentuh pun dalam penghakiman ringkas yang dibacakan oleh Yang Arif Hakim,” katanya.

Foto: Tangkap Layar Hantaran Aidil Khalid di FB.

Semalam, Mahkamah Rayuan di Putrajaya memutuskan pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka, M. Nagahswaran atau nama Islamnya, Muhammad Nagahswaran Muniandy tanpa kebenaran bekas isterinya, Loh Siew Hong  tidak sah dan terbatal.

Justeru, agama tiga kanak-kanak itu yang mana bagi pasangan kembar yang kini berusia 16 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun kekal sebagai Hindu. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Aidil Khalid

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Antarabangsa

Ratusan penunjuk perasaan Jordan protes dan sekat trak barangan ke Israel

Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penunjuk perasaan di Jordan menyekat trak barangan menuju ke Israel.
  • Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.
  • The New Arab melaporkan protes itu diadakan berhampiran Jambatan Na’ima di lebuh raya menuju ke bandar Irbid, utara Jordan.
  • Laluan itu digunakan trak-trak yang menuju ke Jambatan Sheikh Hussein yang menghubungkan negara itu dengan Israel.
  • Aktivis membantah penglibatan Jordan dalam koridor darat “Dubai-Haifa” yang menghubungkan Pelabuhan Jebel Ali Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Haifa Israel, melalui jalan yang merentasi Arab Saudi dan Jordan.
  • Penunjuk perasaan yang terlibat menaikkan sepanduk mengecam penyertaan Jordan dalam koridor darat Dubai-Haifa, termasuk penyertaan negara-negara Teluk.

Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

The New Arab melaporkan protes itu diadakan berhampiran Jambatan Na’ima di lebuh raya menuju ke bandar Irbid, utara Jordan.

Laluan itu digunakan trak-trak yang menuju ke Jambatan Sheikh Hussein yang menghubungkan negara itu dengan Israel.

Aktivis membantah penglibatan Jordan dalam koridor darat “Dubai-Haifa” yang menghubungkan Pelabuhan Jebel Ali Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Haifa Israel melalui jalan yang merentasi Arab Saudi dan Jordan.

Penunjuk perasaan yang terlibat menaikkan sepanduk mengecam penyertaan Jordan dalam koridor darat Dubai-Haifa, termasuk penyertaan negara-negara Teluk.

Jumaat lalu, sementara pasukan keselamatan Jordan menghalang protes di utara berhampiran sempadan Israel, penunjuk perasaan berarak dan duduk di atas jambatan bermula selepas solat Jumaat di Amman.

Protes itu dianjurkan himpunan organisasi di bawah naungan pasukan pembangkang Jordan yang dipanggil Forum Kebangsaan Menyokong Penentangan dan Gerakan Islam, lapor akhbar Al-Araby Al-Jadeed.

Slogan utama pemprotes ditujukan kepada kerajaan Jordan dan kerajaan Arab lain ialah: “Jambatan darat diperlukan untuk ke Gaza, bukan untuk zionis.”

Tiada kerajaan Arab terlibat dengan koridor darat Dubai-Haifa setakat ini mengulas secara terbuka berkaitan insiden itu.

Israel dilihat berminat untuk menonjolkan peranan laluan darat yang bakal membantunya mengelak ketegangan yang sedang berlaku di Laut Merah.

Menteri Pengangkutan Israel, Miri Regev pada Khamis lalu muncul dalam sebuah video di Mundra, India, memberi penerangan bagaimana barangan kargo yang bakal melalui UAE, Arab Saudi dan Jordan akan selamat sampai di Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending