Connect with us

Antarabangsa

Pasukan Pengawal Revolusi Iran musnahkan markas perisikan Israel di Iraq

Pasukan Pengawal Revolusi Iran memaklumkan pihaknya telah menyerang markas perisikan Israel di wilayah separa autonomi Kurdistan, Iraq,  lapor media pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Pasukan Pengawal Revolusi Iran musnahkan markas perisikan Israel di Iraq
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pasukan Pengawal Revolusi Iran memaklumkan pihaknya telah menyerang markas perisikan Israel di wilayah separa autonomi Kurdistan, Iraq,  lapor media pada Isnin.
  • Serangan itu berlaku di tengah-tengah peningkatan kebimbangan mengenai konflik meluas di Timur Tengah sejak perang tercetus di antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, yang mana sekutu Iran dari Lubnan, Syria, Iraq dan Yaman dilaporkan turut serta ke medan perang.
  • “Sebagai tindak balas terhadap kekejaman terkini rejim zionis yang menyebabkan pembunuhan komander pasukan pengawal dan ‘Axis of Resistance’… satu daripada markas utama perisikan Mossad di kawasan Kurdistan, Iraq telah dimusnahkan dengan peluru berpandu balistik,” kata Pasukan Pengawal Revolusi Iran dalam satu kenyataan.
  • Iran pada bulan lalu berjanji untuk membalas dendam terhadap pembunuhan tiga anggota Pengawal Revolusi, termasuk seorang komander kanan, yang terkorban di Syria akibat serangan rejim Israel.
  • Sejak serangan pejuang Hamas ke wilayah Palestin yang diduduki Israel pada 7 Oktober lalu dan kempen pengeboman rejim zionis di Gaza dan Lubnan, lebih 130 pejuang Hizbullah di Lubnan yang disokong Iran, telah terbunuh.

Pasukan Pengawal Revolusi Iran memaklumkan pihaknya telah menyerang markas perisikan Israel di wilayah separa autonomi Kurdistan, Iraq, lapor media pada Isnin.

Serangan itu berlaku di tengah-tengah peningkatan kebimbangan mengenai konflik meluas di Timur Tengah sejak perang tercetus di antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, yang mana sekutu Iran dari Lubnan, Syria, Iraq dan Yaman dilaporkan turut serta ke medan perang.

“Sebagai tindak balas terhadap kekejaman terkini rejim zionis yang menyebabkan pembunuhan komander pasukan pengawal dan ‘Axis of Resistance’… satu daripada markas utama perisikan Mossad di kawasan Kurdistan, Iraq telah dimusnahkan dengan peluru berpandu balistik,” kata Pasukan Pengawal Revolusi Iran dalam satu kenyataan.

Menurut Arab News yang memetik laporan Reuters pada Selasa, pegawai Israel gagal dihubungi bagi memberikan komen berhubung insiden itu.

Iran pada bulan lalu berjanji untuk membalas dendam terhadap pembunuhan tiga anggota Pengawal Revolusi, termasuk seorang komander kanan, yang terkorban di Syria akibat serangan rejim Israel.

Sejak serangan pejuang Hamas ke wilayah Palestin yang diduduki Israel pada 7 Oktober lalu dan kempen pengeboman rejim zionis di Gaza dan Lubnan, lebih 130 pejuang Hizbullah di Lubnan yang disokong Iran, telah terbunuh.

“Kami memberi jaminan kepada negara kami bahawa operasi serangan Pasukan Pengawal akan diteruskan hingga setiap titis darah syuhada dibalas,” kata Pasukan Pengawal Revolusi Iran.

Selain serangan di Irbil di kawasan kediaman berhampiran konsulat AS, Pasukan Pengawal berkata mereka “menembak sejumlah peluru berpandu di Syria dan memusnahkan pelaku operasi keganasan” di Iran, termasuk kumpulan Daesh. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending