Connect with us

Antarabangsa

Parlimen Yaman senaraikan Israel, AS dan UK sebagai pengganas

Parlimen Yaman meletakkan rejim Israel bersama Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) di kedudukan tertinggi dalam “senarai pengganas” negara itu, lapor agensi berita Yaman, SABA.

Wartawan TMT

Published

on

Parlimen Yaman senaraikan Israel, AS dan UK sebagai pengganas
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak (tengah) & Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden (kanan).
  • Parlimen Yaman meletakkan rejim Israel bersama Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) di kedudukan tertinggi dalam “senarai pengganas” negara itu, lapor agensi berita Yaman, SABA.
  • Dalam perbincangan mereka, Ahli-ahli Parlimen Yaman menegaskan “ironinya” tindakan AS memanggil pemimpin Yaman sebagai “pengganas” walhal entiti pendudukan haram Israel, AS dan UK adalah sumber utama “keganasan” global.
  • Majlis itu turut mengulangi komitmen Sanaa untuk memastikan keselamatan pelayaran maritim, menjelaskan bahawa mereka hanya akan menyasarkan kapal Israel atau kapal yang menuju ke pelabuhan di wilayah Palestin yang diduduki.

Parlimen Yaman meletakkan rejim Israel bersama Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) di kedudukan tertinggi dalam “senarai pengganas” negara itu, lapor agensi berita Yaman, SABA.

Dalam perbincangan mereka, Ahli-ahli Parlimen Yaman menegaskan “ironinya” tindakan AS memanggil pemimpin Yaman sebagai “pengganas” walhal entiti pendudukan haram Israel, AS dan UK adalah sumber utama “keganasan” global.

Majlis itu turut mengulangi komitmen Sanaa untuk memastikan keselamatan pelayaran maritim, menjelaskan bahawa mereka hanya akan menyasarkan kapal Israel atau kapal yang menuju ke pelabuhan di wilayah Palestin yang diduduki.

Kumpulan Houthi di Yaman sebelum ini dilaporkan melakukan lebih 30 serangan ke atas kapal-kapal Israel dan kapal-kapal dagang yang ada kaitan dengan rejim penjajah itu di Laut Merah.

Ia bertindak sedemikian sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin di tengah-tengah serangan kejam rejim pengganas zionis Israel terhadap Gaza sejak Oktober tahun lepas. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pengawal penjara Israel masukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur warga Palestin sebelum mengaktifkannya – Peguam

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Peguam Palestin, Khaled Mhajne.

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

Itu pendedahan Peguam Palestin, Khaled Mhajne mengenai seksaan dilalui tahanan di penjara Israel selepas beliau melawat dua rakyat Palestin yang diculik Israel dari Gaza.

Quds News Network melaporkan tawanan Palestin dalam tahanan Israel berdepan pelbagai bentuk penderaan, termasuk rogol, di tangan tentera Israel di hadapan semua orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin pada Isnin.

Dalam sidang akhbar diadakan suruhanjaya itu di Ramallah, Khaled Mhajne yang juga peguam suruhanjaya berkenaan, melaporkan perbualannya dengan wartawan Gaza Al-Araby TV, Mohammed Arab, yang diculik tentera Israel semasa serbuan ke atas Hospital al-Shifa pada 18 Mac lalu.

“Mohammed Arab, wartawan TV Al-Araby, memaklumkan kepada saya tentang kes rogol banduan, termasuk penyeksaan yang dilakukan di hadapan semua orang,” kata Mhajne.

Dalam temu bual dengan TV Al-Araby, Mhajne menceritakan kes Mohammed memaklumkan kepadanya membabitkan seorang tahanan berusia 27 tahun yang dirogol, dipaksa tidur meniarap, diserang anjing polis “dan kemudian dirogol menggunakan alat pemadam api dengan tiubnya dimasukkan ke dalam duburnya”.

Alat pemadam api itu kemudiannya diaktifkan untuk melepaskan bahan kimia ke dalam badan lelaki malang itu, kata Mhajne.

Mohammed turut melaporkan mengenai seorang tahanan yang baru-baru ini meninggal dunia disebabkan tidak mendapat rawatan perubatan mencukupi.

Mhajne berkata adalah mustahil untuk mengetahui berapa ramai rakyat Palestin dari Gaza telah mati dalam tahanan kerana maklumat itu disembunyikan rejim Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending