Connect with us

Antarabangsa

Netanyahu tolak tawaran Hamas, keluarga tebusan serbu Parlimen Israel

Keluarga dan saudara mara terdekat warga Israel yang menjadi tebusan Hamas di Gaza bertindak menyerbu sesi jawatankuasa Parlimen Israel di Baitulmaqdis pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Netanyahu tolak tawaran Hamas, keluarga tebusan serbu Parlimen Israel
Foto: Keluarga dan saudara mara terdekat warga Israel yang menjadi tebusan Hamas menyerbu sesi jawatankuasa Parlimen Israel di Baitulmaqdis.

Keluarga dan saudara mara terdekat warga Israel yang menjadi tebusan Hamas di Gaza bertindak menyerbu sesi jawatankuasa Parlimen Israel di Baitulmaqdis pada Isnin.

Mereka menuntut penggubal undang-undang Israel bertindak melakukan lebih banyak usaha bagi membebaskan ahli keluarga mereka yang menjadi tebusan Hamas, lapor Al Jazeera.

Tindakan sekitar 20 saudara-mara tebusan Israel itu menggambarkan meningkatnya kemarahan terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang menolak tawaran perjanjian diusulkan Hamas.

Seorang wanita dilihat memegang gambar tiga ahli keluarganya dalam kalangan 253 individu dibawa ke Gaza sebagai tebusan dalam rentasan sempadan Hamas 7 Oktober lalu.

Kira-kira 100 tebusan dibebaskan sewaktu gencatan senjata selama seminggu pada November lalu dengan anggaran 130 orang masih ditahan di Gaza.

“Hanya satu yang saya ingin dapatkan semula hidup-hidup, satu daripada tiga!,” kata penunjuk perasaan wanita yang menyerbu perbincangan Jawatankuasa Kewangan Knesset (Parlimen Israel).

Penunjuk perasaan lain dengan berpakaian kemeja-T hitam, mengangkat papan tanda bertulis: “Anda tidak akan duduk di sini sementara mereka mati di sana”.

“Lepaskan mereka sekarang, sekarang, sekarang!” kata kumpulan penunjuk perasaan itu.

Pada Ahad lalu, Netanyahu menolak syarat-syarat Hamas untuk menamatkan perang dan membebaskan tebusan, termasuk pengunduran penuh Israel dan terus membiarkan Hamas berkuasa di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pengawal penjara Israel masukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur warga Palestin sebelum mengaktifkannya – Peguam

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Peguam Palestin, Khaled Mhajne.

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

Itu pendedahan Peguam Palestin, Khaled Mhajne mengenai seksaan dilalui tahanan di penjara Israel selepas beliau melawat dua rakyat Palestin yang diculik Israel dari Gaza.

Quds News Network melaporkan tawanan Palestin dalam tahanan Israel berdepan pelbagai bentuk penderaan, termasuk rogol, di tangan tentera Israel di hadapan semua orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin pada Isnin.

Dalam sidang akhbar diadakan suruhanjaya itu di Ramallah, Khaled Mhajne yang juga peguam suruhanjaya berkenaan, melaporkan perbualannya dengan wartawan Gaza Al-Araby TV, Mohammed Arab, yang diculik tentera Israel semasa serbuan ke atas Hospital al-Shifa pada 18 Mac lalu.

“Mohammed Arab, wartawan TV Al-Araby, memaklumkan kepada saya tentang kes rogol banduan, termasuk penyeksaan yang dilakukan di hadapan semua orang,” kata Mhajne.

Dalam temu bual dengan TV Al-Araby, Mhajne menceritakan kes Mohammed memaklumkan kepadanya membabitkan seorang tahanan berusia 27 tahun yang dirogol, dipaksa tidur meniarap, diserang anjing polis “dan kemudian dirogol menggunakan alat pemadam api dengan tiubnya dimasukkan ke dalam duburnya”.

Alat pemadam api itu kemudiannya diaktifkan untuk melepaskan bahan kimia ke dalam badan lelaki malang itu, kata Mhajne.

Mohammed turut melaporkan mengenai seorang tahanan yang baru-baru ini meninggal dunia disebabkan tidak mendapat rawatan perubatan mencukupi.

Mhajne berkata adalah mustahil untuk mengetahui berapa ramai rakyat Palestin dari Gaza telah mati dalam tahanan kerana maklumat itu disembunyikan rejim Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending