Connect with us

Antarabangsa

Netanyahu halang penduduk Gaza kembali ke utara

Israel tidak akan membenarkan penduduk Gaza kembali ke utara wilayah konflik itu, kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Netanyahu halang penduduk Gaza kembali ke utara
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Israel tidak akan membenarkan penduduk Gaza kembali ke utara wilayah konflik itu, kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Netanyahu pada Isnin turut mengesahkan tiada perubahan terhadap perintah tembakan (firing order) iaitu tindakan berterusan untuk kepentingan negara haram Israel.
  • ā€œTugas utama kami adalah mengembalikan rakyat kami (Israel) ke penempatan sempadan Gaza,ā€ kata Netanyahu dipetik dalam laporan Amad Media.

Israel tidak akan membenarkan penduduk Gaza kembali ke utara wilayah konflik itu, kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Netanyahu pada Isnin turut mengesahkan tiada perubahan terhadap perintah tembakan (firing order) iaitu tindakan berterusan untuk kepentingan negara haram Israel.

ā€œTugas utama kami adalah mengembalikan rakyat kami (Israel) ke penempatan sempadan Gaza,ā€ kata Netanyahu dipetik dalam laporan Amad Media.

Pencerobohan melampau rejim Israel ke atas Gaza, Palestin, menghampiri bulan keempat dengan penggunaan senjata dilarang di peringkat antarabangsa.

Ia termasuk pengeboman rejim zionis di kawasan kediaman, hospital dan sekolah Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 22,185 warga Gaza terbunuh dalam serangan zionis Israel sejak 7 Oktober lalu, manakala angka semakan semula kematian di Israel berjumlah 1,139 maut. ā€“ The Merdeka Times

Author