Connect with us

Terkini

Majlis graduasi sekolah di hotel lima bintang, jangan sisih ibu bapa ada kekangan kewangan – Pakar Pendidikan

Majlis graduasi sekolah yang diadakan di hotel lima bintang dengan kos tinggi sepatutnya perlu mengambil kira keadaan ekonomi ibu bapa pelajar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis graduasi sekolah yang diadakan di hotel lima bintang dengan kos tinggi sepatutnya perlu mengambil kira keadaan ekonomi ibu bapa pelajar.
  • Pakar Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Intan Farahana Abdul Rani berkata ini kerana terdapat ibu bapa yang mempunyai kekangan kewangan ekoran keadaan hidup ketika ini semakin sukar.
  • “Hidup sekarang memang sukar jadi adalah molek untuk tidak menyukarkan lagi ibu bapa yang dilema antara memberi yang terbaik utk anak dengan berhempas pulas mungkin sehingga terpaksa meminjam wang atau sekadar mengeluh kerana terpaksa ‘menghalang’ anak utk tidak turut serta kerana ketidakmampuan hidup,” katanya kepada The Merdeka Times pada Rabu.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan pelakon, Adrea Abdullah yang sebelum ini mempersoalkan tindakan sebuah sekolah mewujudkan trend majlis graduasi berbentuk makan tengah hari atau makan malam di hotel lima bintang.

KUALA LUMPUR – Majlis graduasi sekolah yang diadakan di hotel lima bintang dengan kos tinggi sepatutnya perlu mengambil kira keadaan ekonomi ibu bapa pelajar.

Pakar Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Intan Farahana Abdul Rani berkata ini kerana terdapat ibu bapa yang mempunyai kekangan kewangan ekoran keadaan hidup ketika ini semakin sukar.

Katanya, pengurusan sekolah seharusnya perlu lebih peka dengan latar belakang ekonomi semua ibu bapa.

“Hidup sekarang memang sukar jadi adalah molek untuk tidak menyukarkan lagi ibu bapa yang dilema antara memberi yang terbaik utk anak dengan berhempas pulas mungkin sehingga terpaksa meminjam wang atau sekadar mengeluh kerana terpaksa ‘menghalang’ anak utk tidak turut serta kerana ketidakmampuan hidup,” katanya kepada The Merdeka Times pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan pelakon, Adrea Abdullah yang sebelum ini mempersoalkan tindakan sebuah sekolah mewujudkan trend majlis graduasi berbentuk makan tengah hari atau makan malam di hotel lima bintang.

Pelakon itu dalam hantaran di media sosial berkata, ibu bapa terbabit seolah-olah dipaksa untuk membayar mahal antara RM150 hingga RM200 untuk tujuan berkenaan.

Adrea mempertikaikan tindakan guru besar yang memilih mengadakan majlis berkenaan di hotel lima bintang yang didakwa mahu menunjukkan sekolah itu bertaraf mewah dan hebat di media sosial.

Mengulas lanjut isu itu, Intan Farahana berkata perkara tersebut sepatutnya dirujuk kepada perbincangan antara pihak ibu bapa dan sekolah.

Author