Connect with us

Antarabangsa

Lebih 1,000 kenderaan tentera Israel musnah, dilumpuhkan

Lebih 1,000 kenderaan tentera rejim zionis pengganas Israel telah dimusnahkan atau dilumpuhkan dalam 100 hari perang di Gaza, kata jurucakap sayap tentera Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Lebih 1,000 kenderaan tentera Israel musnah, dilumpuhkan – Abu Ubaida
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 1,000 kenderaan tentera rejim zionis pengganas Israel telah dimusnahkan atau dilumpuhkan dalam 100 hari perang di Gaza, kata jurucakap sayap tentera Hamas.
  • Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaida mengeluarkan kenyataan itu pada Ahad (semalam), menandakan 100 hari perang di Gaza susulan serangan rejim zionis ke atas wilayah konflik itu.
  • Dalam rakaman video itu, Abu Ubaida menyifatkan perang itu sebagai perjuangan semua rakyat Palestin dengan keazaman tidak berbelah bahagi. 
  • Jordan News melaporkan Abu Ubaida juga menolak sebarang perbincangan yang tidak berkaitan dengan penghentian segera keganasan rejim Israel, menyifatkannya sebagai kosong dan tidak bermakna.
  • Beliau mengesahkan kejayaan Al-Qassam menyebabkan kerosakan besar kepada tentera Israel dengan lebih 1,000 kenderaan tentera zionis dilumpuhkan dalam 100 hari hasil daripada tumpuan strategik untuk menyasarkan peluru dan persenjataan. 
  • Abu Ubaida turut memuji gerakan penentangan di Lubnan, Yaman dan Iraq selain meratapi mereka syahid di negara terbabit sebagai sebahagian perjuangan untuk menuntut keadilan.

Lebih 1,000 kenderaan tentera rejim zionis pengganas Israel telah dimusnahkan atau dilumpuhkan dalam 100 hari perang di Gaza, kata jurucakap sayap tentera Hamas.

Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaida mengeluarkan kenyataan itu pada Ahad (semalam), menandakan 100 hari perang di Gaza susulan serangan rejim zionis ke atas wilayah konflik itu.

Abu Ubaida berjanji pejuang-pejuang Palestin akan terus menentang pendudukan rejim pengganas zionis Israel dan memberi mesej yang jelas kepada masyarakat antarabangsa.

Ia kemunculan pertama kali Abu Ubaida melalui rakaman video sejak 23 November lalu.

Dalam rakaman video itu, Abu Ubaida menyifatkan perang itu sebagai perjuangan semua rakyat Palestin dengan keazaman tidak berbelah bahagi. 

Jordan News melaporkan Abu Ubaida juga menolak sebarang perbincangan yang tidak berkaitan dengan penghentian segera keganasan rejim Israel, menyifatkannya sebagai kosong dan tidak bermakna.

Beliau mengesahkan kejayaan Al-Qassam menyebabkan kerosakan besar kepada tentera Israel dengan lebih 1,000 kenderaan tentera zionis dilumpuhkan dalam 100 hari hasil daripada tumpuan strategik untuk menyasarkan peluru dan persenjataan. 

Dalam rakaman video itu, Abu Ubaida turut menggesa negara-negara Arab dan Islam untuk mengakui kemusnahan dilakukan rejim Israel terhadap majoriti masjid di Gaza.

Beliau meminta negara-negara Arab dan Islam memanfaatkan situasi itu sebagai peluang untuk menentang penjajahan zionis Israel.

Jurucakap Al-Qassam itu turut memuji gerakan penentangan di Lubnan, Yaman dan Iraq.

Beliau juga meratapi mereka yang syahid di negara terbabit sebagai sebahagian perjuangan untuk menuntut keadilan.

Abu Ubaida menegaskan 100 hari pengepungan rejim Israel ke atas Gaza hanyalah mengukuhkan tekad Briged Al-Qassam untuk menentang penjajahan zionis. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Apa berlaku di Gaza ‘bukan genosid’ – Biden

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.
  • “Apa yang berlaku bukan genosid (pembunuhan beramai-ramai). Kami menolaknya,” kata Biden dipetik Politico semasa berucap di Rose Garden di Rumah Putih, Washington.
  • Bersumpah untuk terus bekerja “sepanjang masa” untuk membebaskan saki baki tebusan Israel ditahan Hamas, Biden mengelak sebarang kritikan masa lalu terhadap rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk melancarkan pencerobohan berskala lebih besar ke atas Rafah, sebaliknya menekankan sokongan berterusannya terhadap rejim Israel.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.

“Apa yang berlaku bukan genosid (pembunuhan beramai-ramai). Kami menolaknya,” kata Biden dipetik Politico semasa berucap di Rose Garden di Rumah Putih, Washington.

Bersumpah untuk terus bekerja “sepanjang masa” untuk membebaskan saki baki tebusan Israel ditahan Hamas, Biden mengelak sebarang kritikan masa lalu terhadap rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk melancarkan pencerobohan berskala lebih besar ke atas Rafah, sebaliknya menekankan sokongan berterusannya terhadap rejim Israel.

“Saya akan sentiasa memastikan Israel mempunyai semua yang diperlukan untuk mempertahankan diri terhadap Hamas dan semua musuh mereka,” kata Biden yang turut menyatakan persetujuan pentadbirannya terhadap bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin tidak bersalah.

“Kami berdiri bersama Israel untuk mengeluarkan (pemimpin Hamas) Yahya Sinwar dan seluruh penyembelih Hamas. Kami mahu Hamas dikalahkan, kami akan bekerjasama dengan Israel untuk mewujudkannya,” kata Presiden AS itu.

Ucapan menghormati Bulan Warisan Yahudi menandakan usaha yang jelas Biden untuk membaiki hubungannya yang semakin tegang dengan masyarakat Yahudi.

Selama berbulan-bulan, Biden dilaporkan bergelut untuk mengemudi politik domestik berduri dalam isu perang Israel-Hamas, menyinggung perasaan progresif atas sokongan teguh terhadap Netanyahu sebelum menimbulkan kemarahan Demokrat pro-Israel dengan menahan penghantaran bom ke Israel, yang menurutnya, hanya akan memburukkan lagi malapetaka kemanusiaan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending