Connect with us

Antarabangsa

Laut Merah: Houthi tidak akan serang kapal China dan Russia

Kapal-kapal China dan Russia akan diberi laluan selamat di Laut Merah, kata pegawai kanan kumpulan Houthi Yaman.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Laut Merah: Houthi tidak akan serang kapal China dan Russia
Foto: Ahli kepimpinan politik Houthi, Mohammed al-Bukhaiti.
  • Kapal-kapal China dan Russia akan diberi laluan selamat di Laut Merah, kata pegawai kanan kumpulan Houthi Yaman.
  • Ahli kepimpinan politik Houthi, Mohammed al-Bukhaiti dalam temu bual dengan media Russia Izvestia dipetik AFP pada Jumaat lalu berkata, laluan perkapalan sekitar Yaman adalah selamat untuk kapal China dan Russia selagi ia tidak ada kaitan dengan Israel.
  • Houthi melancarkan lebih 30 serangan ke atas kapal-kapal Israel dan yang ada kaitan dengan rejim zionis di Laut Merah sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di tengah-tengah serangan kejam rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Kapal-kapal China dan Russia akan diberi laluan selamat di Laut Merah, kata pegawai kanan kumpulan Houthi Yaman.

Ahli kepimpinan politik Houthi, Mohammed al-Bukhaiti dalam temu bual dengan media Russia Izvestia dipetik AFP pada Jumaat lalu berkata, laluan perkapalan sekitar Yaman adalah selamat untuk kapal China dan Russia selagi ia tidak ada kaitan dengan Israel.

Houthi melancarkan lebih 30 serangan ke atas kapal-kapal Israel dan yang ada kaitan dengan rejim zionis di Laut Merah sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di tengah-tengah serangan kejam rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Khamis lalu, tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan lebih banyak serangan menyasarkan wilayah penguasaan Houthi dengan meningkatnya kebimbangan konflik Israel-Hamas yang berpotensi berkembang menjadi perang besar-besaran Timur Tengah.

VOA News mendakwa Houthi turut melancarkan serangan ke atas kapal-kapal yang tiada kaitan jelas dengan Israel, sekaligus menyebabkan beberapa firma perkapalan mengelak laluan di mana kumpulan itu melancarkan serangannya.

Syarikat-syarikat perkapalan utama bertindak balas terhadap situasi itu dengan mengubah laluan kapal pada laluan yang lebih panjang dan lebih mahal di sekitar Afrika.

Laluan Laut Merah merupakan penghubung perkapalan penting di antara Eropah dan Asia dengan sumbangan sekitar 15 peratus daripada trafik maritim dunia. – The Merdeka Times

Author