Connect with us

Terkini

KPKM nafi wujud ‘mafia’ tentukan harga padi, beras dan benih padi

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan dakwaan kewujudan kartel atau ‘mafia’ yang menentukan harga padi, beras dan benih padi di negara ini. 

Wartawan TMT

Published

on

KPKM nafi wujud ‘mafia’ tentukan harga padi, beras dan benih padi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, industri padi dan beras negara dikawal selia oleh Kawalselia Padi dan Beras (KPB) menerusi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522). 
  • “Akta ini juga memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras dalam mengeluarkan lesen dan permit bagi urus niaga padi dan beras meliputi pengilangan, pemborongan, peruncitan, import atau eksport dan pemindahan antara negeri,” katanya dipetik Buletin TV3, pada Khamis. 
  • KPKM turut memaklumkan, pengeluaran 39,000 pelbagai lesen seperti lesen borong beras, lesen eksport, lesen import, lesen kilang padi, lesen membeli padi, lesen beras runcit dan kelulusan khas menjual benih padi bagi benih padi sah.
  • Ia sekali gus menunjukkan tiada kartel mahupun mafia yang dimaksudkan wujud dan mampu memonopoli industri padi dan beras.
  • Sebelum ini, Gabungan Pengilang Beras Malaysia mendakwa harga padi, beras dan benih padi ditentukan oleh peranan kartel yang dimonopoli empat hingga lima syarikat besar sehingga arahan kerajaan diketepikan. 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan dakwaan kewujudan kartel atau ‘mafia’ yang menentukan harga padi, beras dan benih padi di negara ini. 

KPKM berkata, industri padi dan beras negara dikawal selia oleh Kawalselia Padi dan Beras (KPB) menerusi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522). 

“Akta ini juga memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras dalam mengeluarkan lesen dan permit bagi urus niaga padi dan beras meliputi pengilangan, pemborongan, peruncitan, import atau eksport dan pemindahan antara negeri,” katanya dipetik Buletin TV3, pada Khamis. 

KPKM turut memaklumkan, pengeluaran 39,000 pelbagai lesen seperti lesen borong beras, lesen eksport, lesen import, lesen kilang padi, lesen membeli padi, lesen beras runcit dan kelulusan khas menjual benih padi bagi benih padi sah (BPS).

Ia sekali gus menunjukkan tiada kartel mahupun mafia yang dimaksudkan wujud dan mampu memonopoli industri padi dan beras.

“Bagi BPS pula, KPKM memperuntukkan sebanyak 72,000 tan metrik BPS bagi memenuhi keperluan pesawah bagi 2023.

“Lesen pengilangan benih padi sah ini juga diberi kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membekalkan benih padi kepada pesawah. Pengesahan BPS melalui ujian makmal dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia,” kata kementerian itu.

Sebelum ini, Gabungan Pengilang Beras Malaysia mendakwa harga padi, beras dan benih padi ditentukan oleh peranan kartel yang dimonopoli empat hingga lima syarikat besar sehingga arahan kerajaan diketepikan. 

Pengerusinya, Marzukhi Othman dilaporkan berkata situasi itu menyebabkan masalah bekalan beras dan isu benih padi berulang setiap musim.

KPKM memaklumkan, pihaknya melaksanakan Task Force Operasi BPS pada 7 hingga 21 November lalu, bagi memastikan semua peruncit menjual BPS mengikut harga ditetapkan kerajaan dan tiada unsur penyorokan BPS.

Menerusi operasi itu, KPKM menarik balik 22 lesen penjualan BPS milik peruncit yang melanggar syarat lesen.

“KPKM memberi peringatan kepada semua pengilang, pemborong dan peruncit agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam isu ini.

“Tindakan tegas akan diambil seperti pembatalan lesen sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang,” katanya.

Pesawah dan pengguna juga dinasihatkan menyalurkan aduan atau maklumat secara rasmi kepada KPKM, jika terdapat sebarang pelanggaran undang-undang melalui portal aduan KPB iaitu https://skpb.kpkm.gov.my/adu  atau [email protected] atau menerusi talian 03-88701751/1748/1183. —  The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending