Antarabangsa
Kes genosid Israel dibicarakan di ICJ esok
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague akan mula membicarakan tuntutan mahkamah Afrika Selatan dalam kes pembunuhan beramai-ramai (genosid) dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza, esok.

- Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague akan mula membicarakan tuntutan mahkamah Afrika Selatan dalam kes pembunuhan beramai-ramai (genosid) dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza, esok.
- Beberapa negara mengalu-alukan langkah itu di tengah-tengah seruan global supaya gencatan senjata dicapai di wilayah konflik Gaza.
- Afrika Selatan memfailkan tuntutan mahkamah itu pada hujung Disember lalu mendakwa rejim Israel melakukan tindakan genosid dalam serangannya ke atas rakyat Palestin di Gaza.
- Ia juga menuntut supaya serangan kejam tentera penjajah Israel yang telah membunuh lebih 23,000 rakyat Palestin, termasuk hampir 10,000 kanak-kanak, dihentikan.
- Negara lain yang menyokong tindakan Afrika Selatan dalam kesnya terhadap Israel adalah Malaysia, Turkiye, Jordan, Bolivia dan 57 negara anggota blok Persidangan Negara-negara Islam (OIC).
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague akan mula membicarakan tuntutan mahkamah Afrika Selatan dalam kes pembunuhan beramai-ramai (genosid) dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza, esok.
Beberapa negara mengalu-alukan langkah itu di tengah-tengah seruan global supaya gencatan senjata dicapai di wilayah konflik Gaza.
Afrika Selatan memfailkan tuntutan mahkamah itu pada hujung Disember lalu mendakwa rejim Israel melakukan genosid dalam serangannya ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Ia juga menuntut supaya serangan kejam tentera penjajah Israel yang telah membunuh lebih 23,000 rakyat Palestin, termasuk hampir 10,000 kanak-kanak, dihentikan.
Israel dan Afrika Selatan merupakan penandatangan Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberikan ICJ – badan perundangan PBB tertinggi – kuasa untuk memutuskan pertikaian berdasarkan perjanjian itu.
Semua negara menandatangani konvensyen itu diwajibkan untuk tidak melakukan genosid dan mencegah serta menghukumnya.
Perjanjian itu mentakrifkan genosid sebagai “perbuatan dilakukan dengan niat untuk memusnahkan, secara keseluruhan atau sebahagian, daripada kumpulan kewarganegaraan, etnik, kaum atau agama”.
Negara lain yang menyokong tindakan Afrika Selatan dalam kesnya terhadap Israel adalah Malaysia, Turkiye, Jordan, Bolivia dan 57 negara anggota blok Persidangan Negara-negara Islam (OIC). – The Merdeka Times
