Connect with us

Terkini

Kerajaan berkecuali dalam penentuan kadar upah penghantar p-hailing – Fahmi Fadzil

Kerajaan MADANI masih mengambil pendirian berkecuali dalam menentukan kadar upah diberikan syarikat e-hailing atau p-hailing kepada kumpulan penghantarnya. 

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan berkecuali dalam penentuan kadar upah penghantar p-hailing – Fahmi Fadzil
Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • Menyedari kadar upah penghantar sering menjadi isu dihadapi industri gig itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, fokus kerajaan buat masa ini lebih kepada memastikan kumpulan penghantar tersebut diberi perlindungan sosial yang lebih baik.
  • “Penting ditegaskan, waktu ini, syarikat ini tidak dilesenkan oleh kerajaan seperti mana syarikat telekomunikasi. Jadi daripada satu sudut, jalan tengah yang kita pilih adalah untuk mengumpulkan pelbagai pihak supaya duduk berbincang mencari jalan penyelesaian bersama.
  • “Kerajaan belum membuat sebarang keputusan dan pendirian untuk mencampuri secara langsung dalam beberapa perkara (berkaitan kadar upah). Kecuali satu ketika nanti apabila syarikat p-hailing dilesenkan, sekarang belum (dilesenkan) lagi,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media selepas melancarkan Pakej P-Hailing RAHMAH di sini, hari ini.
  • Pada 19 Januari lalu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dituntut menunaikan janji menyelesaikan isu kadar upah rendah penghantar makanan atau penunggang p-hailing yang berlanjutan hingga kini.

KUALA LUMPUR — Kerajaan MADANI masih mengambil pendirian berkecuali dalam menentukan kadar upah diberikan syarikat e-hailing atau p-hailing kepada kumpulan penghantarnya. 

Menyedari kadar upah penghantar sering menjadi isu dihadapi industri gig itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, fokus kerajaan buat masa ini lebih kepada memastikan kumpulan penghantar tersebut diberi perlindungan sosial yang lebih baik.

“Penting ditegaskan, waktu ini, syarikat ini tidak dilesenkan oleh kerajaan seperti mana syarikat telekomunikasi. Jadi daripada satu sudut, jalan tengah yang kita pilih adalah untuk mengumpulkan pelbagai pihak supaya duduk berbincang mencari jalan penyelesaian bersama.

“Kerajaan belum membuat sebarang keputusan dan pendirian untuk mencampuri secara langsung dalam beberapa perkara (berkaitan kadar upah). Kecuali satu ketika nanti apabila syarikat p-hailing dilesenkan, sekarang belum (dilesenkan) lagi,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media selepas melancarkan Pakej P-Hailing RAHMAH di sini, hari ini.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, sebarang keputusan berkaitan isu kadar upah masih tertakluk kepada keputusan penyedia perkhidmatan terbabit, selain kumpulan penghantar itu sendiri.

“Mungkin kalau penghantar dari satu syarikat merasakan ada syarikat lain yang menawarkan kadar upah lebih baik, maka mereka boleh berhijrah kepada syarikat itu. Perkara asas disini, pekerja mesti dijaga dari segi keselamatan sosial mereka.

“Di mana MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) dengan Kementerian Digital meneliti manfaat yang boleh diperoleh penghantar contohnya dari segi pencen ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). 

“Memandangkan saya lihat, pekerjaan seperti ini walaupun mereka dalam gig ekonomi, tapi rata-rata yang bekerja dengan syarikat ini ada yang sudah lima, enam tahun. Jadi saya rasa keselamatan sosial dia mesti diraih sepanjang masa. Saya lihat ada keperluan untuk teliti perkara ini,” katanya.

Pada 19 Januari lalu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dituntut menunaikan janji menyelesaikan isu kadar upah rendah penghantar makanan atau penunggang p-hailing yang berlanjutan hingga kini.

Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia, Arif Asyraf Ali berkata, setakat ini tiada sebarang perkembangan berlaku walaupun Perdana Menteri pada Julai tahun lalu mengumumkan akan membantu menyelesaikan masalah yang berterusan membelenggu penghantar makanan itu.

Dalam pada itu, seramai 2,000 penunggang p-hailing, Grabfood Malaysia (Grabfood) di Ipoh dilaporkan membantah pengurangan upah bayaran berikutan tidak menerima sebarang notis mengenainya.

Wakil penunggang p-hailing di Ipoh, Khairul Akmal Razali, 31, berkata, mereka terkejut apabila kadar upah bayaran turun mendadak 30 peratus iaitu RM3.50 bagi perjalanan tiga kilometer pertama berbanding RM4 bagi jarak sama bermula 16 Januari lalu.

Khairul Akmal berkata, pengurangan upah bayaran itu bukan sahaja memberi kesan negatif kepada penunggang p-hailing, malah pelanggan juga turut terkesan.

Ini kerana mereka tidak akan memberikan khidmat tambahan seperti menghantar makanan hingga di hadapan pintu rumah bagi pelanggan orang kurang upaya (OKU) yang tinggal di kawasan rumah pangsa dan sebagainya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending