Connect with us

Antarabangsa

Israel mahu kawal sepenuhnya sempadan Gaza-Mesir

Koridor Philadelphi (sempadan Gaza-Mesir) seharusnya berada di bawah kawalan penuh Israel, kata Benjamin Netanyahu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel mahu kawal sepenuhnya sempadan Gaza-Mesir
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Koridor Philadelphi (sempadan Gaza-Mesir) seharusnya berada di bawah kawalan penuh Israel, kata Benjamin Netanyahu.
  • Perdana menteri negara haram itu berkata hanya dengan cara itu jaminan keselamatan di Tel Aviv boleh dicapai.
  • “Laluan Philadelphia, atau lebih tepat, perhentian selatan Gaza, mesti berada di bawah kawalan kita. Ia mesti ditutup, sebarang aturan selain itu tidak akan menjamin pelucutan senjata yang diinginkan,” kata Netanyahu dalam laporan Khaberni dipetik Jordan News pada Sabtu lalu.
  • Koridor sepanjang 14km itu merupakan sempadan antara Mesir dan Gaza yang memanjang dari Laut Mediterranean di sebelah utaranya sehingga ke lintasan Karam Abu Salem (di bawah kawalan Israel) di selatan wilayah itu.
  • Kawasan koridor itu kini di bawah kawalan Mesir.

Koridor Philadelphi (sempadan Gaza-Mesir) seharusnya berada di bawah kawalan penuh Israel, kata Benjamin Netanyahu.

Perdana menteri negara haram itu berkata hanya dengan cara itu jaminan keselamatan di Tel Aviv boleh dicapai.

“Laluan Philadelphia, atau lebih tepat, perhentian selatan Gaza, mesti berada di bawah kawalan kita. Ia mesti ditutup, sebarang aturan selain itu tidak akan menjamin pelucutan senjata yang diinginkan,” kata Netanyahu dalam laporan Khaberni dipetik Jordan News pada Sabtu lalu.

Kawasan koridor itu kini di bawah kawalan Mesir.

Foto: Koridor Philadelphi (sempadan Gaza-Mesir).

Koridor sepanjang 14km itu merupakan sempadan antara Mesir dan Gaza yang memanjang dari Laut Mediterranean di sebelah utaranya sehingga ke lintasan Karam Abu Salem (di bawah kawalan Israel) di selatan wilayah itu.

Koridor atau laluan itu berada di zon bebas tentera seperti dipersetujui dalam Perjanjian Kem David antara Mesir dan Israel pada 1979.

Di bawah perjanjian itu, kawasan zon bebas tentera itu berada di bawah kawalan rejim Israel sebelum mereka berundur dari wilayah konflik itu pada 2005.

Pada 2005, rejim Israel berundur dari Gaza di bawah tekanan antarabangsa dan menjadikan wilayah Palestin yang padat penduduk itu sebagai penjara terbuka terbesar di dunia.

Sekurang-kurangnya 21,978 warga Palestin terbunuh dan 57,697 cedera dalam serangan rejim Israel  ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu, manakala 1,139 maut di Israel. – The Merdeka Times

Author