Connect with us

Antarabangsa

Houthi tingkatkan serangan di Laut Merah ketika Israel bunuh lebih ramai wartawan

Pusat Arahan Amerika Syarikat (Centcom) melaporkan kumpulan Houthi pada Selasa melancarkan serangan dron dan peluru berpandu di laluan perkapalan Laut Merah terhadap sebuah kapal AS.

Wartawan TMT

Published

on

Houthi tingkatkan serangan di Laut Merah ketika Israel bunuh lebih ramai wartawan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pusat Arahan Amerika Syarikat (Centcom) melaporkan kumpulan Houthi pada Selasa melancarkan serangan dron dan peluru berpandu di laluan perkapalan Laut Merah terhadap sebuah kapal AS.
  • Kapal pengangkut jet pejuang dan kapal pemusnah Tentera Laut AS, bersama kapal Tentera Laut Diraja HMS Diamond, memintas 18 dron dan tiga peluru berpandu dilancarkan Houthi Yaman, kata Centcom.
  • Insiden itu berlaku di tengah-tengah situasi badan antarabangsa dan pemantau media bimbang dengan peningkatan jumlah wartawan terbunuh di Gaza yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lapor Middle East Eye.
  • Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) pada Isnin lalu berkata Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ditetapkan untuk menyiasat pembunuhan wartawan di Gaza sebagai sebahagian kes mahkamah terhadap rejim zionis Israel.

Pusat Arahan Amerika Syarikat (Centcom) melaporkan kumpulan Houthi pada Selasa melancarkan serangan dron dan peluru berpandu di laluan perkapalan Laut Merah terhadap sebuah kapal AS.

Kapal pengangkut jet pejuang dan kapal pemusnah Tentera Laut AS, bersama kapal Tentera Laut Diraja HMS Diamond, memintas 18 dron dan tiga peluru berpandu dilancarkan Houthi Yaman, kata Centcom.

Insiden itu berlaku di tengah-tengah situasi badan antarabangsa dan pemantau media bimbang dengan peningkatan jumlah wartawan terbunuh di Gaza yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lapor Middle East Eye.

Serangan udara tentera rejim Israel pada Selasa lalu membunuh wartawan Heba al-Abdallah dan seluruh seluruh ahli keluarganya di selatan Gaza.

Sehari kemudiannya, seorang lagi wartawan, Ahmed Badir terbunuh dalam pengeboman Israel yang menyasarkan sebuah rumah bersebelahan Hospital Syahid al-Aqsa di Deir al-Balah, lapor pejabat media kerajaan di Gaza.

Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) pada Isnin lalu berkata Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ditetapkan untuk menyiasat pembunuhan wartawan di Gaza sebagai sebahagian kes mahkamah terhadap rejim zionis Israel.

“Susulan dua aduan terakhir yang difailkan RSF kepada ICC, Pejabat Pendakwa Raya Karim Khan memberi jaminan kepada organisasi (kami) bahawa jenayah terhadap wartawan, termasuk dalam siasatannya terhadap (situasi di) Palestin,” kata RSF dalam hantaran di X. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending