Connect with us

Antarabangsa

Heret rejim zionis ke ICJ, Ahli Parlimen Israel ancam Afrika Selatan

Ahli Parlimen Israel (Knesset), Avigdor Lieberman pada Sabtu lalu mengeluarkan kenyataan mengancam Afrika Selatan atas tindakan negara itu memfailkan tuntutan mahkamah ke atas Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Heret rejim zionis ke ICJ, Ahli Parlimen Israel ancam Afrika Selatan
Foto: Ahli Parlimen Israel (Knesset), Avigdor Lieberman.
  • Ahli Parlimen Israel (Knesset), Avigdor Lieberman pada Sabtu lalu mengeluarkan kenyataan mengancam Afrika Selatan atas tindakan negara itu memfailkan tuntutan mahkamah ke atas Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
  • Ia susulan dakwaan ke atas rejim zionis Israel yang melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai atau genosid di Gaza, lapor Al-Ghad.
  • “Sandiwara anti-Semitik yang berterusan di The Hague, dicetuskan Afrika Selatan, mesti dibayar,” kata Lieberman di X.  
  • Lieberman juga menganjurkan supaya hubungan diplomatik dengan negara-negara menyokong Hamas dan Hizbullah diputuskan.

Ahli Parlimen Israel (Knesset), Avigdor Lieberman pada Sabtu lalu mengeluarkan kenyataan mengancam Afrika Selatan atas tindakan negara itu memfailkan tuntutan mahkamah ke atas Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Ia susulan dakwaan ke atas rejim zionis Israel yang melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai atau genosid di Gaza, lapor Al-Ghad.

“Sandiwara anti-Semitik yang berterusan di The Hague, dicetuskan Afrika Selatan, mesti dibayar,” kata Lieberman di X. 

“Mereka mesti membayar harganya,” katanya.

Lieberman juga menganjurkan supaya hubungan diplomatik dengan negara-negara menyokong Hamas dan Hizbullah diputuskan.

Beliau berkata kerajaan Israel, “harus menyeru orang Yahudi di Afrika Selatan untuk berhijrah ke Israel dan tidak menunggu perbalahan anti-Semitisme, yang akan mengundang penganiayaan dan bahaya kepada orang Yahudi”.

Afrika Selatan mempunyai komuniti Yahudi terbesar di Afrika dengan lebih 77,500 Yahudi, majoriti tertumpu di Johannesburg, Cape Town dan Durban. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *