Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Gagal bakar al-Quran, Ketua kumpulan rasis anti-Islam Belanda lari selamatkan diri

Pemimpin kumpulan anti-Islam Belanda (PEGIDA), Edwin Wagensveld gagal dalam cubaannya membakar mushaf al-Quran di bandar Arnhem, Belanda pada Sabtu lalu.

A.R. Khan

Published

on

Gagal bakar al-Quran, Ketua kumpulan rasis anti-Islam Belanda lari selamatkan diri
Foto: Pemimpin kumpulan anti-Islam Belanda (PEGIDA), Edwin Wagensveld (kanan).

Pemimpin kumpulan anti-Islam Belanda (PEGIDA), Edwin Wagensveld gagal dalam cubaannya membakar mushaf al-Quran di bandar Arnhem, Belanda pada Sabtu lalu.

Orang ramai berkumpul memprotes tindakannya itu dengan pasukan polis menghalang tindakan orang ramai dan melindungi Wagensveld, demikian lapor Middle East Eye.

Beberapa lelaki berjaya mengganggu Wagensveld dalam cubaannya membakar mushaf al-Quran itu sehingga akhirnya dia lari menyelamatkan diri ke dalam van polis apabila terus diserang.

Polis memaklumkan tindakan ketua kumpulan rasis anti-Islam itu mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Arnhem, lapor agensi berita Anadolu.

Mushaf al-Quran yang akhirnya gagal dibakar itu dilihat diambil dan dibawa pergi seorang lelaki dalam kalangan orang ramai yang membantah tindakan pembakaran kitab suci umat Islam itu.

Pada 18 Ogos dan 23 September tahun lalu, Wagensveld mengoyak dan memijak mushaf al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di The Hague dengan beberapa cubaan membakar dan mengoyak al-Quran lain turut diadakannya sebelum ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending