Connect with us

Terkini

Elak kegusaran orang ramai, perlu ada garis panduan untuk mufti – Menteri Agama

Perlu ada garis panduan buat mufti sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.

Wartawan TMT

Published

on

Elak kegusaran orang ramai, perlu ada garis panduan untuk mufti – Menteri Agama
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar (kiri) & Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah (kanan).
  • Perlu ada garis panduan buat mufti sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.
  • “Isu ini tidak timbul sekiranya ia tidak menjadi kegusaran dalam kalangan masyarakat. Saya menasihati mufti agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan di masa depan,” – Menteri Agama
  • Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah sebelum ini menyatakan bank konvesional mempunyai muamalat berasaskan riba maka para pekerja yang berada dalam dunia pekerjaan bank konvesional perlu berusaha sehabis baik agar mencari pekerjaan halal yang lain.

PUTRAJAYA – Perlu ada garis panduan buat mufti sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata beliau menghormati bidang kuasa mufti untuk mengeluarkan pandangan.

Bagaimanapun menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah mengenai hukum bekerja di bank konvensional, boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat, serta perlu dibincangkan di peringkat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

“Isu ini tidak timbul sekiranya ia tidak menjadi kegusaran dalam kalangan masyarakat. Saya menasihati mufti agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan di masa depan,” katanya pada Majlis Apresiasi & Penyampaian Sijil Sulh-Mediasi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di sini, hari ini.

Mohd Na’im merujuk kepada kenyataan dikeluarkan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya yang menyatakan beliau sepatutnya menjelaskan kedudukan sebenar hukum-hakam agama kepada rakyat.

Ahmad dilaporkan berkata, Mohd Na’im sewajarnya mempertahankan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan Luqman mengenai hukum bekerja di bank konvensional.

Menteri Agama bagaimanapun menyatakan tegurannya sebelum ini selaras dengan tanggungjawabnya sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam bidang berkenaan selain atas dasar nasihat menasihati untuk kebenaran.

“Saya juga boleh menerima nasihat dan Islam itu dibina atas dasar nasihat menasihati di antara satu sama lain,” katanya.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah sebelum ini menyatakan bank konvensional mempunyai muamalat berasaskan riba.

Oleh yang demikian, para pekerja yang berada dalam dunia pekerjaan bank konvesional perlu berusaha sehabis baik agar mencari pekerjaan halal yang lain.- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending