Connect with us

Antarabangsa

Dihalang guna bilik persalinan wanita, askar lelaki dakwa didiskriminasi Tentera Sepanyol

Seorang askar berusia 42 tahun yang baru mengumumkan peralihan jantinanya menjadi ‘wanita’ menyelar Tentera Sepanyol kerana menghalang beliau menggunakan bilik persalinan wanita. 

Wartawan TMT

Published

on

Dihalang guna bilik persalinan wanita, askar lelaki dakwa didiskriminasi Tentera Sepanyol
Foto: Tentera Sepanyol yang menggelarkan dirinya seorang ‘wanita’, Francisco Javier L. G.
  • Seorang askar berusia 42 tahun yang baru mengumumkan peralihan jantina menjadi ‘wanita’ menyelar Tentera Sepanyol kerana menghalang beliau menggunakan bilik persalinan wanita. 
  • Francisco Javier L. G. menukar dokumen undang-undangnya pada musim bunga 2023 ekoran penggubalan Undang-Undang Trans baharu yang kontroversi di Sepanyol.
  • Selesa penampilan maskulinnya, Francisco menegaskan beliau akan menyempurnakan perubahan jantina dengan hanya mengisytiharkan diri sebagai ‘wanita’ dalam dokumen undang-undangnya.
  • “Saya suka badan saya, saya gembira dengannya dan saya tidak berhasrat untuk mengubahnya,” katanya dipetik Reduxx pada Selasa.
  • Pada Mac 2023, Sepanyol melonggarkan keperluan menukar dokumen seumpama  itu dengan membatalkan keperluan individu untuk menyediakan laporan perubatan yang menunjukkan mereka mengalami kecelaruan jantina atau menjalani terapi hormon berlawanan jantina. 
  • “Apabila undang-undang (trans) baharu keluar, saya bertanya kepada anak perempuan saya sama ada dia keberatan jika saya menjadi seorang wanita. Dia berumur 10 tahun dan memberitahu saya dia tidak kisah. Kemudian saya membuat keputusan untuk melakukannya,” kata Francisco yang juga mekanik jentera berat Tentera Sepanyol. 

Seorang askar berusia 42 tahun yang baru mengumumkan peralihan jantinanya menjadi ‘wanita’ menyelar Tentera Sepanyol kerana menghalang beliau menggunakan bilik persalinan wanita. 

Francisco Javier L. G. menukar dokumen undang-undangnya pada musim bunga 2023 ekoran penggubalan Undang-Undang Trans baharu yang kontroversi di Sepanyol.

Francisco menyatakan dia tidak berniat untuk menukar namanya atau menjalani sebarang perubahan pada tubuhnya dan berasa selesa dengan penampilan maskulinnya.

“Saya suka badan saya, saya gembira dengannya dan saya tidak berhasrat untuk mengubahnya,” katanya dipetik Reduxx pada Selasa.

Francisco menegaskan beliau akan menyempurnakan perubahan jantina dengan hanya mengisytiharkan dirinya sebagai ‘wanita’ dalam dokumen undang-undangnya.

“Saya gembira dengan badan saya dan saya (tertarik secara seksual kepada) wanita, tetapi saya menyedari beberapa perkara dan saya berasa seperti seorang wanita. Sebagai contoh, saya seorang pakar kecantikan, dan saya berasa lebih baik bercakap dengan wanita daripada lelaki.

“Apabila undang-undang (trans) baharu keluar, saya bertanya kepada anak perempuan saya sama ada dia keberatan jika saya menjadi seorang wanita. Dia berumur 10 tahun dan memberitahu saya dia tidak kisah. Kemudian saya membuat keputusan untuk melakukannya,” kata Francisco.

Pada Mac 2023, Sepanyol melonggarkan keperluan menukar dokumen seumpama itu dengan membatalkan keperluan individu untuk menyediakan laporan perubatan yang menunjukkan mereka mengalami kecelaruan jantina atau menjalani terapi hormon berlawanan jantina. 

Formaliti perlu diselesaikan Francisco untuk menukar jantina ialah membentangkan dokumennya di Pejabat Pendaftaran Awam dan menunggu tempoh selama tiga bulan.

Francisco berkhidmat dalam tentera sejak 1999 dan ditempatkan di Seville di mana beliau ditugaskan sebagai mekanik jentera berat. 

Beliau mendakwa masalah timbul selepas dia memaklumkan kepada pihak atasan berkaitan peralihan jantinanya yang sah dan keinginannya menggunakan bilik persalinan wanita.

“Saya tidak boleh terus menggunakan bilik persalinan yang bertentangan dengan jantina saya, jadi saya meminta penggunaan bilik persalinan yang sepadan dengan jantina saya, yang saya faham sepatutnya bilik persalinan wanita, kerana saya seorang wanita,” kata Francisco. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending